Rabu,03 September 2014

Tetap hormat rakan bukan Islam

SAYA mempunyai kemusykilan dan memerlukan penjelasan Datuk. Apakah hukumnya tinggal serumah dengan orang bukan Islam dan apakah pula hukum menunaikan solat dalam bilik tidur kawan bukan Islam?

LINDA
Shah Alam



Semua makhluk Allah perlu dihormati sama ada sesama manusia, tidak kira apa agamanya, ada hak perlu dijaga serta dihormati sesama sendiri. Tak salah tinggal serumah dengan bukan Islam.


Yang penting dia menghormati saudari dan agama dianuti, begitu juga dengan saudari menghormatinya. Soal akidah jelas disebut di dalam al-Quran bahawa bagi dia, agamanya dan bagi kita, agama kita.


Solat boleh ditunaikan di tempat yang bersih asalkan ia bukan tempat solat agama lain seperti gereja. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Salah satu kelebihan umat Muhammad ialah dijadikan bumi Allah ini tempat sujudnya.” Maka, kita boleh bersolat di mana saja asalkan bersih dan suci.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/01
`