Selasa,02 September 2014

Tiket kereta api pulang sambut Aidilfitri dijual

Jakarta: Pengendali keretapi kebangsaan Pt Kereta Api Indonesia (PT KAI) mula menerima tempahan tiket kereta api pada Jumaat ini untuk perjalanan ketika musim cuti hari raya Aidilfitri.

“Tempahan boleh dibuat hingga tiga bulan lebih awal di Internet, melalui pusat bayaran atau di stesen kereta api. Tidak akan ada lagi barisan panjang orang beratur di stesen,” kata jurucakap PT KAI, Surano. Aidilfitri dijangka jatuh pada 8 dan 9 Ogos tahun ini.


Penumpang boleh menempah tiket melalui ejen pengeluaran tiket, kedai serbaneka Alfamart dan Indomaret, pejabat pos, kedai gadai Penggadaian negeri, Rangkaian Citos, Pembayaran Segera Bima Sakti dan Pusat Hubungan 121. Tempahan juga boleh dibuat menerusi kereta-api.co.id, tiket.com dan tiketkai.com.

Aplikasi PadiTrain, Aeroticket dan Finchannel boleh dimuat turun di telefon pintar untuk membuat tempahan.


Pembayaran boleh dibuat melalui mesin teler automatik (ATM) termasuk Bank Mandiri, BRI, BNI, BII, BCA, CIMB Niaga, Bank Mega, Panin Bank, Bank BRI Syariah, Bank Mayapada, Bank BJB, Bank OCBC NISP, Bank BPD DIY dan BPR KS.


Katanya, harga tiket diatur menurut tarikh perjalanan dipilih. Semakin hampir penempahan dibuat dengan tarikh perjalanan, maka lebih mahal harga tiket.

“Seorang penumpang boleh membuat tempahan hingga empat tiket dalam setiap tempahan dan perlu mengisi maklumat pengenalan diri untuk tujuan perjalanan,” katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07
`