Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Tukang cuci dalang judi kuda



2010/01/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Buruan polis terhadap dalang perjudian haram yang mengatur pertaruhan lumba kuda akhirnya membawa kepada penemuan seorang nenek tua menjadi ‘tauke judi’ sekitar Lembah Klang.

Wanita warga emas berusia 58 tahun itu yang bekerja sebagai tukang cuci dikesan menjadikan satu restoran sebagai ‘ibu pejabat’ bagi menjalankan urusan pengambilan wang pertaruhan menggunakan alat kelui untuk menyemak keputusan perlawanan semalam.


Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 3.40 petang semalam, selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan bookie lumba kuda haram yang dijalankan di Jalan Sultan di sini.


Susulan itu sepasukan anggota polis anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, membuat risikan di sebuah restoran terbabit yang didakwa menjadi ‘topeng’ pertaruhan judi haram itu.


Anggota polis mengesan tindak tanduk mencurigakan seorang wanita berusia lewat 50-an yang menerima pertaruhan melalui alat kelui lalu menahannya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial