Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Wanita mati dalam kebakaran flat



2010/02/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEREMBAN: Seorang suri rumah maut apabila terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah unit rumah di Flat Chempaka, Seremban 2 di sini, pagi ini.

Mayat K Thanawali, 45, ditemui di bilik tidur rumah yang terletak di tingkat teratas bangunan empat tingkat itu.

Ketika kejadian mangsa berada di rumah itu seorang diri manakala dua orang anaknya dipercayai pergi ke rumah ibu saudara mereka, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri Md Salleh Sarbini ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 3.59 pagi dan seramai 17 anggota bomba bersama tiga jentera dan sebuah `skylift' dari Seremban dan Seremban 2 dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit. - Bernama

Kongsi artikel ini menerusi media sosial