KUALA LUMPUR: Semua pengusaha kenderaan pengangkutan awam mesti mematuhi peraturan ditetapkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya terjamin, termasuk membantu mencegah berlakunya lebih banyak kemalangan maut.
KUALA LUMPUR: Semua pengusaha kenderaan pengangkutan awam mesti mematuhi peraturan ditetapkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya terjamin, termasuk membantu mencegah berlakunya lebih banyak kemalangan maut.
"Jika pemandu itu memandu bas yang selesa dan sihat serta tidak memandu secara berterusan, kemalangan maut pasti tidak berlaku," katanya di sini, semalam.
Hamzah mengulas tragedi kemalangan maut di jalan raya yang membabitkan bas, termasuk terbaru membabitkan bas dua tingkat Sani Express di KM272.8 Lebuh Raya Utara Selatan dan mengorbankan 10 nyawa Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bas dua tingkat yang dalam perjalanan ke Kangar dari Klang, Selangor terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan.
Hamzah berkata, pengusaha bas perlu memastikan pemandu bas mematuhi langkah diperkenalkan Kementerian Pengangkutan, terutama berhubung masa rehat bagi mengatasi keletihan dan memandu dalam keadaan baik.
Menurutnya, sikap pengusaha bas yang mengabaikan keutamaan aspek keselamatan antara punca mengakibatkan kemalangan membabitkan kenderaan itu.
Katanya, punca kemalangan sesebuah bas perlu dilihat secara menyeluruh, termasuk keletihan dan kelesuan pemandu serta pengurusan tidak cekap.
"Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) harus menyiasat pemandu yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak kemalangan bertambah serius dan membahayakan penumpang dan pengguna lebuh raya lain," katanya.
Beliau berkata, tindakan dan hukuman sewajarnya hendaklah dikenakan kepada pengusaha dan pemandu bas terbabit yang didapati enggan mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan. - Bernama
PADANG BESAR: Seorang tekong darat lari meninggalkan lapan pendatang asing tanpa izin apabila ...