Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Jumaat, 19 Mac 2010

Peserta PLKN teruja

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

2010/01/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Rata-rata peserta kumpulan pertama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 7/2010 yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) teruja dan tidak sabar-sabar mahu menjalani cabaran di kem latihan masing-masing selepas hampir sebulan berehat di rumah.

KUALA LUMPUR: Rata-rata peserta kumpulan pertama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 7/2010 yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) teruja dan tidak sabar-sabar mahu menjalani cabaran di kem latihan masing-masing selepas hampir sebulan berehat di rumah.

Siti Amirah Izzati Nordin, 17, yang ditempatkan di kem di Cherating, bersyukur namanya tersenarai untuk menyertai PLKN tahun ini walaupun hasrat itu pada awalnya mendapat tentangan ibu yang bimbang melepaskan anak tunggalnya.

"Emak bimbangkan keselamatan saya, terutama apabila teringat kes negatif yang pernah berlaku, tetapi saya anggap ia kes terpencil dan yakin keadaan kini jauh lebih baik.


"Sebelum ini saya rasa cemburu membaca keseronokan peserta terdahulu yang menyertai PLKN dan berharap saya juga terpilih. Hari ini harapan itu jadi kenyataan," katanya.

Nabiha Ilya Aimi Zawani, 17, ketika ditemui juga tidak sabar-sabar untuk ke Kem Seri Manjung di Perak dan anak ketiga daripada empat beradik itu bangga kerana menjadi perintis dalam keluarga yang menyertai program berkenaan.

"Memang teruja apabila nama saya terpilih, bukan semua orang berpeluang mengikuti latihan seperti ini. Ketika di sekolah dulu saya kerap mengikuti pelbagai kem dan bersedia menghadapi latihan lasak dalam program ini.

"Lebih gembira, tahun baru ini dimulakan dengan aktiviti bermanfaat," katanya selepas majlis pelancaran pergerakan pelatih yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

PLKN siri ketujuh ini akan membabitkan 140,000 pelatih dengan 939 pergerakan bas dan 44 penerbangan di seluruh negara dan lapan feri. Pergerakan 38,000 pelatih dalam kumpulan pertama tahun ini mengambil masa tiga hari bermula semalam sehingga esok.


Lebih menarik, pada tahun ini buat pertama kali semua bas yang disewa diseragamkan dengan lambang PLKN.

Menurut Ahmad Zahid, peserta untuk kumpulan pertama ini hanya ditempatkan di 79 kem berbanding 87 sebelum ini kerana lapan kem digantung lesen beroperasi atau belum membuat pengubahsuaian mengikut piawaian ditetapkan JLKN.

Ini kerana JLKN mengeluarkan piawaian baru, terutama daripada segi keluasan dan kemudahan untuk kebajikan pelatih, dan semua kem bermasalah diberi notis untuk menambah baik serta mematuhi piawaian ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua pelatih gembira apabila nama mereka tersenarai untuk mengikuti PLKN dan kebanyakan yang teruja adalah peserta lepasan SPM yang baru tamat sekolah (ditempatkan dalam kumpulan pertama dan kedua).

"Kita tidak menghadapi masalah menghantar pelatih kumpulan pertama dan kedua kerana alam persekolahan masih segar dalam diri mereka. Kumpulan paling banyak masalah ialah kumpulan tiga dan empat yang cuba mengelak menyertai PLKN.

"Kumpulan bermasalah ini termasuk yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) atau terbabit dengan kegiatan along.

"Untuk kumpulan ini kita masih menggunakan modul sama tetapi pendekatannya sedikit berbeza iaitu pendekatan psikologi. Anak yang baru lepas sekolah senang manja dengan jurulatih tetapi yang sudah bekerja mahu 'dimanja' dan ini sebabnya kita akan menggunakan pendekatan lebih lembut," katanya.

Beliau berharap ibu bapa memberi kepercayaan kepada JLKN untuk melakukan yang terbaik untuk membina warga negara lebih baik.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial