WONG
Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Credit Bureau Malaysia (CBM) dan MyProperty Data Sdn Bhd memperkenalkan penyelesaian pengurusan data hartanah, PropertyAdvisor yang mampu memberi manfaat kepada pemain industri hartanah terutama institusi kewangan memperoleh maklumat hartanah dan penilai dengan lebih cepat.

Sistem berkenaan yang dibangunkan sejak dua tahun lalu merangkumi dua siri perkhidmatan iaitu Property Asset Listing untuk mendapatkan maklumat hartanah
di bawah identiti syarikat, perniagaan atau individu manakala ProxyPrice pula berfungsi untuk menilai hartanah dengan lebih berfokus.

Ketua Pegawai Eksekutif CBM Wong Kum Cheong berkata, ketika ini, pihaknya dalam proses perbincangan dengan pelbagai entiti kewangan yang terbabit dalam industri hartanah terutama bank utama untuk menggalakkan mereka menggunakan sistem berkenaan.

Beliau berkata, maklum balas diterima setakat ini positif dan pihaknya berharap bank utama
di Malaysia boleh menggunakan perkhidmatan pengurusan data berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 1:26 AM