MINUMAN tambahan dihasilkan guna kandungan istimewa seperti rumpai laut.
Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Setiap wanita tanpa mengira usia mengimpikan kulit wajah halus mulus tanpa sebarang masalah selain dapat mengurangkan penggunaan solekan tebal ketika keluar rumah.

Lambakan produk kecantikan di pasaran tidak semestinya bersesuaian dengan kulit wajah dan penggunaan tanpa pengetahuan lengkap pula mengundang risiko.

Pengasas SSC Magic White Diyana Ayuni Abdul Wahid berkata, dia memperkenalkan produk SSC Magic White bukan saja untuk kecantikan, malah dapat membantu masalah seperti resdung, alahan, gastrik dan sembelit.

Menurutnya, minuman tambahan kecantikan itu membantu untuk mencerah, merawat masalah kulit dan membersihkan darah secara semula jadi.

“Ia sesuai digunakan lelaki dan wanita semua peringkat usia. Kebanyakan produk yang ada di pasaran kurang sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi, jadi kami menghasilkan produk yang sesuai untuk semua orang,” katanya.

Katanya, produk ini selamat digunakan untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi malah ia dapat mengurangkan letih dan memberi tenaga.

“Bagi ibu yang menyusukan bayi, minuman ini membantu meningkatkan kualiti susu ibu dan menghaluskan kulit bayi. Produk ini dihasilkan menggunakan kandungan istimewa seperti rumpai laut yang bagus untuk tubuh dan dapat merawat membantu mengurangkan masalah kulit,” ujarnya.

Katanya, pengguna akan dapat merasai perubahan kecil seperti kulit lembap, segar dan lebih mulus. Penyelidikan bersama pakar dilakukan dengan teliti sebelum produk ini dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan kelulusan dan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). SS Magic White dijual pada harga RM95 di Semenanjung Malaysia dan RM105 di Sabah dan Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 11:59 AM