Anggota bomba berusaha memadam kebakaran. - Foto Ihsan Bomba
Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my


SEBUAH rumah milik seorang guru agama di Jalan Kampung Rambong, Kupang, Baling musnah dalam kebakaran jam 3 petang hari ini.

Rumah setingkat separuh batu itu musnah dengan cepat kerana cuaca panas selainstruktur bahagian atas diperbuat daripada kayu.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Sufian Aliasm berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.07 petang dan sampai ke lokasi 15 minit kemudian.

"Api merebak dengan cepat kerana struktur atas diperbuat dengan kayu, namun 11 anggota yang bertugas dapat memadam api daripada merebak. Kita mengambil masa selama 20 minit bagi mengawal api daripada merebak," katanya.

Mohd Sufian berkata, tidak ada kemalangan yang dilaporkan dan siasatan punca kebakaran akan dilakukan segera.

"Kita akan melakukan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada litar pintas" katanya dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 7:23 PM