Keadaan kereta dan mototsikal yang terbabit dalam kemalangan. - Foto Ihsan PDRM
Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

SEORANG penunggang parah manakala tiga lagi cedera selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Baling-Sungai Petani, berdekatan Kampung Charok Bemban, Baling sehingga tercampak ke dalam parit, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi keempat-empat mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Pekan Kupang.

Tiga daripada mereka bekerja sebagai pemotong rumput dengan syarikat E-Idaman dan seorang lagi guru pendidikan khas yang mengajar pelajar Orang Kurang Upaya ( OKU) di Pusat DalamKomuditi (PDK) di Kupang.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, mangsa yang parah dikenali sebagai Zamri Ahmad, 38, dari KampungKelian Dalam, Siong dan dirawat di Hospital Baling (HB) sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 8:21 PM