Sabtu,30 Ogos 2014

Foto



Foto Menarik

PEMAIN Johor DT, Luciano Figueroa sumbat gol pertama pada perlawanan Piala Malaysia, di Stadium Selayang. KUMP A (Johor DT II 1-3 Felda United; Pahang 1-2 LIONS XII) KUMP C (P Pinang 1-3 Kelantan; ATM 0-1 Johor DT). Pix Hasriyasyah Sabudin

Foto Menarik

RAPTAI penuh sambutan Hari Merdeka ke-57 kelihatan pada cermin mata seorang hadirin di Dataran Merdeka. FOTO Osman Adnan

Foto Menarik

SERAMAI 230 pelajar Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Subramaniam Barathee membentuk nombor 57 sebagai simbolik kemerdekaan yang dikecapi negara ini pada sambutan kemerdekaan di sekolah itu, di Bukit Gambir. FOTO Muhammad Mikail Ong

Foto Menarik

#warisan57 DARI kiri, Nureena Dania, Nur Maisarah Adriana, Nur Athirah, Farah Wahida, Airil Rizman dan Mohd Arif Izzudin bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-57 di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria

Foto Menarik

MOHD Rosli Azahari, 63 mengasah mata pisau toreh dengan batu pengasah ketika memotong getah di ladang Kampung Bangkahulu, Gemas, Negeri Sembilan. Pasaran getah Malaysia ditutup pada paras lebih rendah semalam selepas pengeluar terbesar, Thailand, mengambil keputusan untuk menjual stok simpanan 200,000 tan metrik untuk mengurangkan kos penyimpanan dan menghapuskan lebihan. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Foto Menarik

SERAMAI 256 imam dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) dari seluruh negara berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah bagi menunaikan ibadah haji menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Foto Menarik

MURID Sekolah Kebangsaan Bangsar Nur Ain Puteri Shahrazy, 11, mendermakan duit belanja sekolahnya RM1 kepada tabung Gaza anjuran Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA)di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. FOTO Fazilawati Qistina Rukmanuddin

Foto Menarik

#tragediMH370 PANGLIMA Armada, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli bersalaman bersama Pegawai Pemerintah Komander J Kuharaj ketika menyambut ketibaan Kapal Auxiliary TLDM Bunga Emas Enam (BM6) yang selesai melakukan usaha pencarian di permukaan dan lojistik operasi mencari MH370 di Lautan Hindi. FOTO Muhaizan Yahya

Foto Menarik

BAYANG Menara Kuala Lumpur kelihatan berlatar belakangkan langit merah pada waktu matahari terbenam di ibu negara. FOTO Yazit Razali

Foto Menarik

KANAK-KANAK Orang Asli suku Jakun di Sungai Mas, Sungai Lembing berlari sambil membawa Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. FOTO Luqman Hakim Zubir

Foto Menarik

ANGGOTA tentera mengusung keranda jenazah Penyelia Penerbangan Kabin Malaysia Airlines (MAS) Mohd Ghafar Abu Bakar pada Istiadat Penghormatan Jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kumpulan kedua terdiri daripada tiga lagi jenazah mangsa nahas MH17 selamat dibawa pulang ke tanah air. FOTO Khairull Azry Bidin

Foto Menarik

#takziahMH17 ALIF Hazim, dua tahun, anak kepada pramugari MAS, Allahyarham Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, di sisi keranda ibunya sebelum disembahyangkan, di Gombak. FOTO Salhani Ibrahim

Foto Menarik

SEMUA kereta jenazah mangsa nahas MH17 diiringi polis trafik sejurus keluar dari Kompleks Bunga Raya, KLIA, untuk ke destinasi yang sudah ditentukan.

Foto Menarik

ANGGOTA tentera mengusung satu daripada 17 keranda mangsa nahas MH17 untuk dibawa ke kereta jenazah dari pesawat khas, di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Foto Menarik

#takziahMH17 Antara mesej terakhir pramugari MAS, arwah Mastura Mustapha buat suaminya, Mohamed Affendi Khairuddin, 43. FOTO Danial Saad