Jumaat,25 April 2014

Foto



Foto Menarik

PENGUNJUNG melihat reka bentuk robot di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 di PWTC. FOTO Salhani Ibrahim

Foto Menarik

PENGUNJUNG ke pantai Teluk Chempedak membaca buku yang disediakan secara percuma kepada orang ramai sempena Hari Buku Sedunia. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menganjurkan hari ini untuk mempromosi budaya membaca, mengarang buku dan hak cipta. FOTO Khairulmizan Yahya

Foto Menarik

PESERTA kategori OKU turut memeriahkan Larian Harapan Kelab Eksekutif Klang 2014 (KEC Unity Run 2014) sempena Ulang Tahun ke-35 Acmar International di Bandar Baru Klang. FOTO Rosdan Wahid

Foto Menarik

KEMALANGAN sebuah bas kilang dan van di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram menyebabkan tiga orang cedera parah. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Foto Menarik

PEMAIN Selangor yang baru, Mohd Nazmi Faiz Mansor diperkenalkan secara rasmi oleh ketua jurulatih Mehmet Durakovic (kiri) dan Setiausaha Agung FAS Rosman Ibrahim di padang SUK, Shah Alam. Nazmi dibeli dari PKNS FC menandatangani kontrak selama 2 setengah tahun dengan jersi nombor 8. FOTO Osman Adnan

Foto Menarik

MURID Sekolah Rendah Sembulan sertai program Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit yang diadakan serentak diseluruh negara bermula pada jam 10 pagi di Perpustakaan Negeri Sabah cawangan UTC, Kota Kinabalu. FOTO Mohd Adam Arinin

Foto Menarik

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri Majlis Pelancaran, Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Pengesahan Unit Rumah 1Razak Mansion. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Foto Menarik

BANJIR kilat berhampiran stesen komuter KTM Serdang akibat dari hujan lebat petang tadi. FOTO Kalidevi Mogan

Foto Menarik

KRU sokongan penjelajah KE7B Felda Greenland dan media tempatan mengisi aktiviti meredah salji di pergunungan Iceland sementara lapan penjelajah utama menjalani kursus intensif amali di Reykjavik Iceland. FOTO Abd Rahim Abd Rahmat

Foto Menarik

PESERTA cuba menangkap itik dalam acara Tangkap Itik ketika Program Jom Turun Bendang di Kampung Pida 4 di Jerlun. Program itu berlangsung selama tiga hari dan diadakan sebagai tanda bermulanya musim penanaman padi. FOTO Danial Noordin

Foto Menarik

PENUMPANG MH192 menceritakan sesuatu kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di KLIA, sejurus mereka dibenarkan keluar dari pesawat. FOTO Aizuddin Saad

Foto Menarik

KELIHATAN penumpang Malaysia Airlines bagi penerbangan MH192 Kuala Lumpur-Banglore menulis nama di kaunter pendaftaran sejurus keluar dari pesawat di KLIA, awal pagi tadi. FOTO Devi

Foto Menarik

PEMAIN Golf England, Lee Westwood bersama trofi selepas muncul juara Golf Terbuka Malaysia 2014, di KLGCC. FOTO Osman Adnan

Foto Menarik

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan selepas bas yang membawa pelancong dalam perjalanan dari Pulau Redang, Terengganu ke Singapura, terbabas ke dalam gaung di KM 70 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Paloh Hinai. FOTO Luqman Hakim Zubir

Foto Menarik

MINGGU Saham Amanah Malaysia 2014 (MSAM 2014) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong, Kota Bharu, 20-27 April ini. FOTO Syamsi Suhaimi