Isnin, 20 Mei 2013

Foto



Foto Menarik

PEMBANTU rumah warga Indonesia, Yuliana, 23, dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mendengar laporan perubatan sakit mental. Bagaimanapun, kes ditangguh sehingga 19 Jun selepas laporan kesihatan belum diterima. Yuliana dihukum penjara 20 tahun kerana bersalah mendera bayi majikannya bulan lalu. FOTO Afif Abd Halim

Foto Menarik

AKSI pemain Chelsea Fernando Torres selepas menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Stamford Bridge, London. FOTO Reuters

Foto Menarik

PEMAIN Sepanyol, Rafael Nadal meraikan kemenangannya selepas menjuarai kejohanan Terbuka Itali di Rom, semalam. Nadal menewaskan pemain Switzerland, Roger Federer. FOTO AP

Foto Menarik

Butterworth: Seorang pemuda cacat penglihatan, Faiq Adnan, 23, berjaya menamatkan renangan merentasi Selat Pulau Pinang sejauh 5.4 kilometer.

Foto Menarik

SEEKOR buaya seberat 363 kilogram dan sepanjang 4.34 meter ditangkap semasa perburuan awam di Kawasan Pengurusan Hidupan Liar James E. Daughtrey berhampiran Cotulla, Texas, Amerika Syarikat. FOTO Reuters

Foto Menarik

GABUNGAN beberapa foto menunjukkan fesyen rambut David Beckham yang berbeza. Pemain Paris Saint Germain berusia 38 tahun ini mengesahkan persaraannya pada hujung musim ini. FOTO AP

Foto Menarik

MELAKA: Lebih 900 anggota termasuk pegawai dari Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan 10 Briged Para menyertai latihan bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang selepas sesi latihan pendaratan Amfibi Eksesais Belangkas siri 27/2013 di Pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak, Masjid Tanah. FOTO: Rasul Azli Samad

Foto Menarik

NURUL Azmatun Haziyah Hazlie, 7, mengucup gurunya Zulawati Mat Yassin sempena Hari Guru di Sekolah Raja Muda Seksyen 4 (Pendidikan Khas), Shah Alam. Sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun, kali ini bertemakan 'Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda' FOTO Osman Adnan

Foto Menarik

KUALA LIPIS: Abdul Ghani Saamah, 59 yang baru pulang dari mengerjakan umrah maut selepas keretanya bertembung dengan lori membawa balak di kilometer 54, Jalan Lipis-Merapoh. FOTO: Shahrulnizam Mohamad

Foto Menarik

GURU Pendidikan Khas, Zawati Yusoff, 43, yang cacat kedua belah kakinya sejak lahir terharu menerima kad ucapan " Selamat Hari Guru" yang dihasilkan sendiri pelajarnya sempena Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji, Kota Bharu. Beliau yang mengajar pelajar istimewa akan menerima Anugerah Hari Guru peringkat Kebangsaan yang akan dibuat di Negeri Sembilan. FOTO Syamsi Suhaimi.

Foto Menarik

PENIAGA burger, Adiey Zairy Aziz, 35, menggunakan telefon pintar untuk menyaksikan siaran langsung pengumuman Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di gerainya di Seremban. FOTO Hazreen Mohamad

Foto Menarik

SEORANG kanak-kanak Palestin menunjukkan kunci kadbod pada perhimpunan sempena peristiwa 'Nakba' di Lebanon, kelmarin. Peristiwa Nakba dikenang oleh warga Palestin pada setiap 15 Mei iaitu tarikh pembentukan negara haram Israel. Sekurang-kurangnya 700,000 rakyat Palestin dihalau dari tanah air mereka 65 tahun lalu. FOTO EPA

Foto Menarik

PENYERANG Kelantan, Dimitros Petratos (kanan) diasak pemain Kitchee FC, Fernando Recio Comi, pada pertemuan pusingan kedua Piala AFC di Stadium Sultan Mohd ke IV di Kota Bharu. Kelantan tewas 0-2 dan gagal ke pusingan suku akhir. FOTO Fathil Asri

Foto Menarik

SUBANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut ketibaan Kapten James Anthony Tan (dua kanan), juruterbang muda yang telah memulakan misi 1Malaysia Mengelilingi Dunia di Pangkalan Udara TUDM Subang. Tan berjaya mencatatkan rekod dunia penerbangan solo mengelilingi dunia dalam 48 hari. FOTO Khairull Azry Bidin/Aizuddin Saad

Foto Menarik

ORANG ramai menyambut ketibaan pemain dan pegawai Manchester United semasa perarakan meraikan kejayaan pasukan itu di Manchester, England, semalam. United menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali ke-20. FOTO AFP