Setempat
-

Bisa ‘objek terbang’
00:55:24 AMBaling: “Saya tiba-tiba rasa sakit sebelum melihat darah berlumuran pada muka dan membasahi pakaian sekolah lalu terus memanggil ibu dua kali kerana mahu pitam dan berpaut tiang gol di padang bola bagi mengelak rebah.”
-
Kakitangan MPPP menyamun kerana terdesak
00:53:43 AMGeorgetown: Terdesak kerana kesempitan wang, seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) nekad melakukan samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Lebuh Pantai, di sini, awal pagi semalam.
-
Ketua jabatan, pegawai tadbir ditahan khalwat
00:47:21 AMPutrajaya: Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan seorang ketua jabatan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita dipercayai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang juga teman sepejabatnya di sebuah rumah, di sini, awal pagi semalam.
-
Kedah tolak perhimpunan
00:46:38 AMAlor Setar: Kerajaan negeri Kedah tidak akan mengeluarkan permit untuk Himpunan Blackout 505 oleh pakatan pembangkang di negeri ini berikutan penganjurannya mampu mengelirukan rakyat dengan tohmahan palsu kepada kerajaan.
-
Buru suspek kes bunuh
00:44:32 AMSeremban: Polis negeri ini memburu seorang lelaki dipercayai suspek utama yang mengelar leher seorang pemuda sehingga menyebabkan kematiannya di sebuah pusat karaoke di Terminal 2, di sini, kelmarin.
-
Kilang cat hangus
00:43:19 AMKapar: “Sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya lihat api marak dari sebuah kilang. Sebaik tiba di kawasan itu, saya terdengar bunyi letupan dan bomba melarang orang ramai menghampiri kawasan itu,” kata saksi sebuah kilang cat terbakar di Jalan Sungai Puloh, Batu 5 Jalan Kapar, di sini, malam kelmarin.
-
Suspek bunuh warga emas masih dikesan
00:28:45 AMJitra: Polis masih mengesan penjenayah dipercayai terbabit dalam kes samun yang mengakibatkan kematian seorang wanita warga emas di sebuah rumah kedai di Batu 4, Jalan Sanglang di Kodiang, dekat sini, Selasa lalu.
-
Sudah usang
00:27:24 AMKuala Kangsar: Banyak bangunan sekolah yang usang dan dibina sebelum zaman kemerdekaan perlu diselenggara dan dibaik pulih semula oleh kerajaan bagi memastikan nilai sejarah binaan itu kepada negara dikekalkan.
-
2 guru Kemas juara masak
00:11:42 AMPetaling Jaya: Kumpulan dianggotai dua tenaga pengajar masakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dinobat sebagai Juara Pertandingan Masakan Menu Sihat Peringkat Wilayah Kuala Lumpur di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR), di sini, semalam.
-
Sayangi retina
00:04:55 AMPetaling Jaya: Persatuan Oftalmologi Malaysia (MSO) dengan sokongan Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM), AMD Alliance International dan Dana Mata Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melancarkan minggu Kesedaran Penyakit Retina Kebangsaan buat kali pertama bagi memberi kesedaran terhadap penyakit mata yang menjejaskan retina dikenali sebagai Degenerasi Makula Berkaitan Umur (AMD) dan retinopati diabetes.
-
Misi makin hampir
23:57:53 PMLukla: Impian tujuh pendaki Everest-Felda 2013 berdiri di puncak Everest semakin hampir menjadi kenyataan selepas berjaya tiba di Kem 2 dalam usaha menakluki puncak tertinggi dunia itu, kelmarin.
-
Keliwon Riders tidak letak sasaran menang
23:56:40 PMPutrajaya: Tidak sasar kemenangan. Itu pendirian peserta pasukan Keliwon Riders mengenai pembabitan mereka dalam acara Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013-Cuti-Cuti 1 Malaysia yang diadakan pada 1 dan 2 Jun ini.
-
Ibu bapa manfaat Festival Pendidikan Hari Guru
23:54:25 PMSeremban: Festival Pendidikan Hari Guru 2013 yang berbaki sehari lagi dimanfaatkan penduduk di negeri ini untuk berkunjung ke gerai pameran di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini.
-
Kongsi ilmu guna FB
23:51:41 PMShah Alam: Laman sosial Facebook (FB) menjadi medium komunikasi terpenting bagi empat penerima Anugerah Naib Canselor ini yang sering menggunakannya untuk berbincang secara berkumpulan serta menghantar tugasan kepada pensyarah masing-masing.
-
120 sertai EDURACE
23:48:26 PMPutrajaya: Dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan flora, pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) Pengajian Separuh Masa Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) Kuala Lumpur menganjurkan Program Education Explorace (EDURACE) di Taman Botani Putrajaya, di sini, semalam.
-
Beri tumpuan dalam kelas
23:47:03 PMShah Alam: Memberi tumpuan di dalam kelas serta patuh kepada nasihat ibu bapa menjadi rahsia kejayaan anak kakitangan syarikat Kumpulan DRB-HICOM sehingga mereka mencapai keputusan cemerlang dalam tiga peperiksaan awam, tahun lalu.
-
Tak mahu mengemis
23:44:41 PMPasir Puteh: Walaupun menghidap enam jenis penyakit, seorang warga emas dari Kampung Tok Nik, dekat sini, enggan berpeluk tubuh, sebaliknya tetap bekerja bagi mencari rezeki halal.
-
Pusat tuisyen ajar nilai murni
23:43:52 PMMelaka: Bagi membolehkan pelajar turut dididik dengan penyerapan nilai murni dan tatatertib, pusat tuisyen di negeri ini dicadangkan memberi ruang penambahan satu subjek sampingan iaitu Tata Rakyat.
-
Jual ternakan kerana jaga isteri, anak sakit
23:42:59 PMKuantan: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perjalanan hidup seorang peneroka warga emas apabila terpaksa menjaga anak dan isteri yang sakit walaupun diri sendiri kurang sihat.
-
Mahu selesai tugas di Maybank dulu
23:41:55 PMNusajaya: “Beri saya peluang selesaikan tugas di Maybank terlebih dulu,” demikian kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd (Maybank) Datuk Seri Abdul Wahid Omar ketika diminta mengulas pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
-
Siew Kiong patuh titah Sultan Johor
23:38:24 PMJohor Bahru: Pembentukan kerajaan negeri Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) dilakukan berdasarkan konsep kerjasama dan muafakat antara semua kaum.
-
Janji lebih banyak pembaharuan
23:30:08 PMKuala Kangsar: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak bakal membawa lebih banyak pembaharuan dalam pentadbiran apabila melantik enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam kalangan ‘muka baru’ untuk menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
-
Sukar percaya panggilan telefon
23:28:21 PMIpoh: “Sukar untuk saya percaya sebaik mendapat panggilan telefon dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, jam 10.30 malam semalam (kelmarin),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammad Radzi.
-
Anwar gagal yakinkan pengundi PR
23:26:55 PMJempol: Ahli Parlimen Jempol Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, keyakinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan dan sebahagian pengundi pakatan pembangkang ternyata tidak berjaya.
-
CAP lancar buku panduan Tanaman Berkhasiat di Rumah
23:23:58 PMGeorgetown: Amalan berkebun atau menanam sayur di rumah semakin dilupakan disebabkan gaya hidup masa kini yang sibuk dengan tugas seharian selain ia mudah dibeli di pasar atau pasar raya.
-
IRAS mahu kekal juara
23:20:48 PMPetaling Jaya: “Berbekalkan geran pembangunan RM50,000 dimenangi Persatuan Penduduk Apartmen Idaman (IRAS) tahun lalu, saya mengusahakan pembinaan tapak gerai tetap buat penjaja yang juga penduduk setempat, selain menyediakan tempat parkir untuk mengurangkan masalah kesesakan di kawasan kejiranan,” kata Pengerusi IRAS Azizan Suradi.
-
Galak generasi muda lawat muzium
23:18:21 PMKuala Lumpur: Rakyat negara ini perlu membudayakan amalan lawatan ke muzium bagi menyedarkan peranan penting muzium dalam kehidupan, sekali gus melindungi warisan budaya bangsa.
-
Shell dekati pengguna
23:17:09 PMKuala Lumpur: Peneraju perniagaan hiliran minyak dan gas di negara ini, Shell Malaysia (Shell) melancarkan kempen soal selidik di seluruh negara, termasuk maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan, sebagai inisiatif mendekati pengguna.
-
Parti politik jangan lepas tangan
23:16:07 PMKuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan semua parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) menurunkan semua poster dan bahan kempen yang dipasang jika tidak mahu berdepan tindakan tegas.