Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Khamis, 23 Februari 2012

100 kios Lipplap

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SYARIKAT yang memperkenalkan kios Lipplap Burger, Al-World Food Sdn Bhd (AWF) yakin meluaskan rakan niaganya ke seluruh negara dengan mensasarkan 100 kios menjelang tahun depan, sekali gus membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.

Pengarah Urusannya, Rustam Rizalman Ghazalli, berkata pihaknya percaya ramai akan mendapat manfaat kerana Lipplap Burger bukan saja mudah diuruskan, malah menggunakan produk daripada jenama yang berkualiti seperti daging Ramly Burger, sos cili Life, keju Kraft, roti Gardenia serta terjamin status halalnya termasuk sayuran serta telur ayam terpilih dari ladang di Perak.


Menurutnya, Lipplap memulakan operasinya awal tahun dengan lima cawangan di Parit Buntar serta satu di Bangi dikendalikan oleh rakan niaga. “Walaupun baru diperkenalkan, Lipplap mendapat sambutan menggalakkan terutama di Parit Buntar, Nibong Tebal dan Bandar Baru, Kedah, malah sehingga kini kami sudah mengenal pasati 20 prospek rakan niaga yang sudah melepasi proses perbincangan.

“Awal tahun depan, lima rakan niaga akan memulakan perniagaan di Shah Alam dan lima lagi di Kajang serta Semenyih. Kami membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi rakan niaga termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.


Menurutnya, AWF menyediakan dua pakej perniagaan menarik iaitu dengan modal RM11,000 bagi kios atau gerai dan RM15,000 bagi kios yang menjalankan khidmat penghantaran. Rustam berkata, Lipplap menjual aneka burger serta sosej dan terdapat 10 jenis menu ditawarkan. Katanya, pihaknya akan menambah lagi menu terutama untuk kios yang menyediakan khidmat penghantaran seperti kentang goreng, wafer dan piza. Bagi kios yang menawarkan khidmat penghantaran ke rumah, rakan niaga perlu mempunyai premis restoran atau kedai bagi kelengkapan dapur dan sistem penghantaran setempat.


“Kami mempelawa mereka yang berumur dari 18 hingga 65 tahun menjadi rakan niaga dan sesiapa saja yang berminat dengan menghubungi 012-320 6127 atau melayari www.lipplap.com,” katanya.



Kongsi artikel ini menerusi media sosial



IKLAN




f