Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Jumaat, 03 September 2010

Mahu kahwin duit tak cukup



2009/12/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SOALAN:
SAYA jejaka yang mahu mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, simpanan saya masih tidak mencukupi.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menyimpan duit dengan lebih berkesan supaya dapat digunakan untuk perkahwinan itu nanti. Tolonglah saya Dr.

Jejaka Pokai
Johor Baharu.

JAWAPAN:

Hasrat adik untuk berumah tangga adalah murni. Mendirikan rumah tangga boleh mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diingini seperti maksiat. Dr empati dengan masalah adik yang masih tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk berkahwin.

Saidina Umar berkata: "Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah s.a.w berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah." (Hadis riwayat Al-Tirmizi )

Jika adik serius untuk berkahwin, cuba usahakan majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan adik. Adik perlu merancang kewangan untuk tujuan perkahwinan itu.

Buat satu pelan simpanan dan dapatkan nasihat daripada institusi kewangan atau pakar kewangan dalam perkara ini. Adik juga boleh membaca buku berkaitan.

Sikap jimat-cermat boleh membantu adik dalam mengurus simpanan untuk tujuan perkahwinan dengan baik.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial