Isnin,28 Julai 2014

200 pengedar

SECRET Solution Resources (SSR), syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan yakin dapat menembusi pasaran tempatan bagi produk pelangsingan menerusi minuman campuran serbuk epal dengan oligo di bawah jenama Shape Plus.

Pengarah Urusannya, Rosmaziha Hassan berkata, sebelum ini pihaknya mengedarkan produk Shape Plus melalui pemasaran dalam talian dan mempunyai 16 pengedar di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.


Katanya, memandangkan SSR akan meluaskan pemasaran dengan lebih agresif, pihaknya menyasarkan 200 pengedar akan menyertai syarikat itu tahun ini.

“Kami juga mempunyai pengedar di Sabah dan Sarawak. Produk Shape Plus mendapat kepercayaan pengguna terutama mereka yang mempunyai masalah berat badan.


“Kami mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan sampingan dengan memasarkan produk syarikat SSR dengan margin keuntungan sehingga 50 peratus bagi stokis dan 30 peratus ejen,” katanya kepada Bisnes Metro.


Menurutnya, kelebihan Shape Plus adalah 100 peratus bahan semula jadi, tidak mengandungi pewarna, komposisi kimia dan kafein atau perangsang serta mengandungi ekstrak berguna seperti Oligo dan biji anggur bagi meningkatkan sistem imuniti tubuh, selain membantu mencerah serta mencantikkan kulit.

Rosmaziha berkata, tujuan Shape Plus diperkenalkan di pasaran ialah untuk memberi peluang kepada pengguna memilih produk penurunan berat badan yang menggunakan konsep mudah iaitu menyediakan tubuh badan dengan nutrisi seimbang, sekali gus meningkatkan metabolisme bagi membakar kalori.


Orang ramai yang berminat boleh melayari www.eve-collagen.com atau hubungi talian 013-3700488.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/01/08
`