Isnin,14 Julai 2014

‘Imam Mahdi’ mengamuk

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi bersama pasangannya, seorang wanita, mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, seorang daripada suspek turut meletakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta di pekarangan bangunan berkenaan.

Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das daripadanya terkena tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki, manakala satu tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu.

Berikutan itu, kedua-dua suspek dibawa ke Hospital Putrajaya sebelum suspek lelaki disahkan meninggal dunia selepas 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan stabil.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, dan Muhdalina Ahmad, 28, dengan kedua-duanya sudah berkeluarga dan menganggur.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10
`