Khamis,24 Julai 2014

2 terapung berhampiran kapal

LABUAN: Selepas hampir 36 jam berlalu, dua lagi anak kapal MT Bunga Alpinia yang dilaporkan hilang, ditemui terapung berhampiran bangkai kapal terbabit di jeti Petronas Methanol Labuan (PML), di sini, semalam.

Mayat Mohd Hanafi Khalil, 24, ditemui jam 12.30 tengah hari oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terapung berhampiran kawasan Jeti Amsteel manakala mayat ketiga, Zahari Hassim, 46, ditemui jam 1.10 tengah hari oleh anggota bomba dan penyelamat tidak jauh dari situ.


Penemuan itu menjadikan tiga mangsa berjaya ditemui setakat ini manakala dua lagi anak kapal, Muhammad Azrin Khansani, 24, dan warga Filipina, Errol Calau-an Colangay, 32, masih hilang.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Saiman Kasran berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan terbakar pada tubuh kedua-dua mayat berkenaan.


Saiman berkata, kedua-dua mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses pengesahan oleh ahli keluarga dan rakan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/28
`