Mutakhir

Abdullah Yaakob speker baru DUN Kelantan

KOTA BHARU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Abdullah Yaakob mengangkat sumpah sebagai speker baru Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, pagi ini.

Pelantikan beliau sebagai speker itu bagi mengantikan Datuk Nassuruddin Daud yang dilantik sebagai exco.

Manakala ADUN Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan speker.

Kedua-dua nama calon berkenaan dicadangkan oleh Menteri Besar Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah.


Sementara itu ADUN Paloh Datuk Norzula Mat Diah dilantik sebagai ketua pembangkang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13