Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Atlit amal ilmu hitam

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
2010/01/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kekecohan mengenai gangguan makhluk halus di asrama Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, turut dikaitkan dengan amalan ilmu hitam segelintir atlit yang menginap di situ.

Sesetengah pihak hanya menganggap perkara ini sesuatu yang karut atau tahyul, namun Pegawai Agama MSN, Mohd Hasnol Abu Bakar tidak menafikan ada atlit mengamalkan ilmu hitam untuk tujuan tertentu termasuk melindungi diri dan memenangi pertandingan disertai.


Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnol berkata, langkah MSN ‘membersihkan’ kawasan kompleks itu minggu lalu bukan hanya untuk menghindarkan gangguan makhluk halus, malah bagi memastikan tiada atlit cenderung amalan khurafat dan syirik.


“Kami takut ada atlit yang ‘panggil’ makhluk itu kerana cenderung dengan bomoh atau pak dukun. Jadi kami ‘memagar’ kawasan MSN minggu lalu dengan bantuan kakitangan (Pusat Kebajikan dan Pengubatan Islam) Darul Syifa. Bagi atlit Islam, kami tidak mahu amalan khurafat ini merosakkan iman dan akidah. Perlu diingatkan iman dan akidah juga faktor kejayaan seseorang atlit. Sekalipun seseorang itu menang tapi dengan cara salah, kemenangan mereka tidak diberkati Allah.


“Kami tak dapat pastikan sama ada atlit ada ‘memakai’ tapi mungkin ada kerana latar belakang keluarganya, kami tidak boleh salahkan atlit juga. Mungkin ada antara atlit mendapat nasihat keluarga atau benda itu dihantar saudara-mara mereka untuk tujuan pelindung. Bagi mengelak kejadian bertambah teruk dan menghilangkan keresahan mereka, kami mahu membetulkan keadaan, bukan sebab takut kepada makhluk ini...makhluk ini tiada kuasa,” katanya.


Hasnol berkata, Darul Syifa turut memberikan penjelasan kewujudan makhluk halus dan pihaknya dari semasa ke semasa akan meningkatkan program keagamaan untuk semua atlit dan pegawai MSN.

“Atlit tak perlu bimbang. Perkara sebegini boleh berlaku di mana-mana, anggap ini ujian untuk kita semua, jangan kita terlalu mempercayainya. Lebih penting kita tingkatkan keimanan kepada Allah dan meninggalkan larangan-Nya,” katanya.


Dalam tempoh dua bulan lalu, MSN gempar dengan kehadiran makhluk halus yang mengakibatkan 20 atlit mengalami histeria, sekali gus mencetuskan kebimbangan 400 atlit dan jurulatih yang menghuni asrama berkenaan. Kes terbaru membabitkan seorang atlit boling padang wanita yang tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus itu ketika MSN bersama kakitangan Darul Syifa memagar kawasan MSN, Ahad lalu.


Atlit itu yang hanya mahu dikenali sebagai Era, dirasuk makhluk halus yang mengakibatkan tubuhnya melekat di dinding sambil menjerit-jerit selama 20 minit sebelum dipulihkan Hasnol dan kakitangan Darul Syifa.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


IKLAN












iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan