Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Khamis, 23 Februari 2012

Bantah sekolah diswasta


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) semalam membantah langkah menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu terhad kepada penambahbaikan infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Katanya, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lalu bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. - Bernama



Kongsi artikel ini menerusi media sosial



IKLAN




f