Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Khamis, 23 Februari 2012

BorakLokasi: Adi takut arah Zulkifli Zain


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEBELUM mengarahkan drama, Adi Yadoni, 45, banyak terbabit dengan band indie dengan menerbitkan muzik video untuk mereka. Dia yang sangat meminati pelakon lama seperti Zulkifli Zain tidak menyangka dapat bekerja dengannya. Bukan sekadar bekerja tetapi 'mengarahkan' pelakon itu.

"Takut saya dibuatnya. Ketika semua pelakon veteran itu berada di puncak populariti, saya kecil lagi dan apabila meningkat remaja, saya selalu menonton drama atau filem lakonan mereka. "Sekarang apabila saya menceburi dunia penerbitan, saya dapat pula bekerja dengan mereka dan selaku pengarah saya 'mengarahkan' mereka pula.


"Kecilnya dunia ini. Bagaimanapun, bekerja dengan orang lama ini sangat senang kerana sebagai orang yang berpengalaman, mereka tahu apa yang perlu dibuat.

"Mereka juga sangat menghormati orang lain dan tidak kisah mendapat pengarah muda seperti saya. "Abang Zulkifli misalnya, tidak pernah membantah atau menunjukkan egonya apabila saya arahkan dia buat seperti yang saya dan skrip itu mahukan. "Terus terang saya seronok bekerja dengan mereka dan ia adalah pengalaman paling mahal buat saya. Shaharudin, Mubarak, Fadilah dan Sheial juga pelakon yang saya hormati. "Saya juga bernasib baik kerana artis baru yang berlakon drama ini juga tidak banyak kerenah dan mendengar kata. Itu saja cara untuk berjaya. Sentiasa mahu belajar dan berdisiplin. Jangan cepat 'besar kepala'. "Sekarang ini ramai yang hendak jadi artis, jadi kalau mereka buat hal, ramai lagi bakat baru yang menunggu di luar sana," katanya. Tambah Adi, ini kali pertama dia bekerja dengan Sedania namun segalanya berjalan lancar.


"Kru yang diambil untuk bekerja dalam pembikinan drama itu sudah tahu tugas masing-masing. Jadi kami tidak membuang banyak masa di lokasi. Tugas pengurus produksi dan juga pengarah adalah untuk memberi yang terbaik kepada syarikat di samping dapat mengurangkan kos," katanya.



Kongsi artikel ini menerusi media sosial



IKLAN




f