Khamis,17 April 2014

CAK: Amar tiada rahsia

SEBELUM ini aktor sedang mencipta nama, Amar Ashraf tidak pernah merahsiakan hubungan cintanya dengan gadis dikenali dengan nama Arna dan bertugas sebagai akauntan.

Rasanya pengakuan Amar mengenai buah hatinya juga sudah teman CAK siarkan dalam Selebriti, namun tidak ramai yang ingat. Terbaru, Amar memberitahu teman media, dia sudah bertunang dengan Arna dan kalau ikutkan tempoh diberikan, mereka akan bernikah setahun lagi.


Mungkin ramai akan kecewa, terutama peminat wanita, apabila mengetahui Amar kini tunangan orang dan bersiap sedia untuk berkahwin dalam waktu terdekat.

Begitupun, CAK percaya kebanyakan peminat menggilai bakat Amar dan bukan diri pelakon utama drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu. Cuma CAK tidak nafikan cemburu melihat kemesraan Amar dengan tunangnya.


Kalau peminat mengikuti twitter pelakon dan pengarah teater itu, pasti perasan setiap hari pasti ada ucapan I Love You diberikan buat tunang tersayang.


Amar tidak segan menyatakan buah hati yang disayangi, tidak seperti sebahagian artis kita yang sudah bertunang tetapi menafikan.

Agaknya bagaimana keadaan orang bertunang dengan artis popular apabila mendengar atau terbaca kenyataan penafian, pasti makan hati.


Peminat sekarang bijak. Kalau bertunang atau berkahwin, tidak semestinya peminat lari. Kalau bakat bagus, mereka akan minat sampai bila-bila. Kalau tidak percaya, cuba tanya Aaron Aziz.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30

Artikel Lain

`