Berita Utama

Calon dekat dengan rakyat

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak sudah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Foto

DR Zambry beramah mesra dan menerangkan mengenai calon BN Perak kepada Ketua Biro dan wakil media yang hadir di Program Sarapan Pagi Bersama Menteri Besar Perak, di Ipoh. FOTO Ikhwan Munir.

Bagaimanapun, Pengerusi BN negeri itu menjelaskan, keputusan akhir senarai calon
tetap akan diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku

Pengerusi BN.

"Calon negeri Perak akan mempunyai kombinasi muka baru dan lama. Akan

ada perubahan kerana sering kali kita sebut untuk kemuka calon yang terbaik.

"Kami juga menghormati ada calon yang menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya pada sidang media pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak, di sini.

Zambry berkata, calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan
sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti,"
katanya.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan
negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya
mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29