Khamis,31 Julai 2014

Curiga lihat gambar isteri seksi dalam hotel dengan lelaki

SAYA berumur 28 tahun manakala isteri tiga tahun lebih muda daripada saya. Sebelum kami berkahwin tahun lalu, isteri kerap tampil seksi dengan mengenakan pakaian ketat. Dia mempunyai ramai kenalan lelaki dan perempuan.

Malah kerana keseksiannya, dia mudah memperoleh ramai teman lelaki sebelum berkahwin dengan saya. Saya selidik sedikit sebanyak perilaku isteri bersama bekas teman lelaki menerusi beberapa rakannya. Beberapa kenalan isteri tidak menafikan dulunya isteri saya liar.

Hujung tahun lalu, saya menemui album gambar dalam simpanan peribadi isteri dan mendapati hubungannya bersama teman lelaki sungguh ‘intim’.

Saya menemui gambar mereka bercuti di Genting Highlands dan Cameron Highlands memaparkan isteri mengenakan pakaian seksi, sama ada memakai ‘singlet’, kemeja T dan ‘denim’ ketat sehingga mendedahkan bentuk badannya di dalam hotel.


Apabila melihat gambar itu, saya menjadi curiga dengan isteri kerana dia masih kekal berpakaian seksi seperti dulu.


FAI
Kuala Lumpur



Membuka lipatan lama dengan melihat album peribadi isteri bukan tindakan wajar. Namun terlanjur melihatnya, saudara perlu bersemuka dengan isteri untuk mendapat penjelasan mengenai segala perihal yang saudara rasa patut mengetahuinya.

Tindakan memendam rasa hanya mendatangkan sangsi dan tidak baik untuk perjalanan rumah tangga yang baru dibina setahun lalu.

Jika saudara menagih jawapan, bersedialah untuk menerima sebarang penyataan daripada isteri supaya tiada perbalahan tercetus yang mungkin memberi kesan buruk kepada alam perkahwinan.

Malah, saudara mengenali isteri dengan imej seksi, jadi ini sebenarnya bermaksud saudara sanggup menerima tanggungjawab besar untuk mendidiknya. Sebenarnya menjadi tanggungjawab suami menegur isteri supaya imej tampak sopan dan tidak keterlaluan.

Beri nasihat kerana Dang Setia melihat itu punca menyebabkan saudara berasa curiga. Tegur dengan lembut dan luahkan bahawa saudara tidak senang dengan penampilannya yang berani.

Pujuk rayu dan berikan sedikit insentif seperti membelikan pakaian lebih sopan supaya si isteri dapat menerima permintaan saudara yang mahu dia berubah. Lama-kelamaan si isteri dapat berubah kerana saudara meminta dengan cara penuh hemah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/26

Artikel Lain

`