Ahad,13 Julai 2014

Ditetak rebut kawasan perniagaan

KLANG: Gara-gara berebut kawasan perniagaan, enam lelaki tiba-tiba didatangi sekumpulan samseng sebelum berlaku kejadian tembak dan tetak di Jalan Bukit Kapar, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, akibat serangan itu, seorang lelaki berusia 20-an mengalami kecederaan ringan di kaki kiri akibat terkena tembakan, manakala dua lagi rakannya hampir putus pergelangan tangan selepas ditetak dengan parang.


Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa dan lima rakannya sedang minum di sebuah kontena lama yang diubah suai menjadi kedai runcit yang menjual minuman keras terkejut dengan kehadiran dua kereta dan empat motosikal dinaiki kira-kira 15 lelaki berusia 20-an hingga 30-an.

Seorang daripada lelaki itu kemudian melepaskan dua das tembakan mengenai kaki seorang mangsa sebelum rakan yang lain menetak mangsa dan berlaku pergaduhan.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada seorang lelaki sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02
`