PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin MohdDatuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.
Pertikaian mengenai siapa antara Zambry dan Mohammad Nizar adalah Menteri
Besar yang sah timbul tahun lalu selepas Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam dewan apabila dua anggota daripada PKR dan seorang daripada DAP
meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN dan seorang lagi daripada PKR yang menyertai parti itu daripada Umno, bertindak kembali kepada Umno.
Sultan Azlan Shah kemudian menitahkan agar Mohammad Nizar meletak jawatan
sebagai Menteri Besar, dan pada Februari melantik Zambary sebagai Menteri Besar
selepas berpuas hati bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan.
Mohammad Nizar, 52, yang enggan meletak jawatan, mengambil tindakan
undang-undang pada 13 Februari dengan memohon agar mahkamah mengisytiharkan beliau adalah Menteri Besar yang sah, dan pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengembalikan jawatan itu kepada Mohammad Nizar kerana mendapati bahawa BN tidak mengadakan undi tidak percaya terhadap
Mohammad Nizar dalam Dewan Undangan Negeri.
Bagaimanapun, ekoran rayuan Zambry, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa
pelantikan beliau sebagai Menteri Besar dibuat mengikut Perlembagaan.-Bernama