SHAH ALAM: Dua beradik yang hilang selepas bot yang dinaiki mereka untuk pergi memancing terbalik dan tenggelam di kawasan perairan kira-kira satu kilometer dari Pulau Ketam, Pelabuhan Klang pagi semalam, ditemui mati hari ini.
Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang DSP Norzaid Muhammad Said berkata mayat Sahidan Ibrahim, 45, dan adiknya Adnan, 33, dijumpai kira-kira jam 2.20 petang tadi, tidak jauh dari tempat mereka dilaporkan hilang.
Sahidan dan Adnan dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki untuk memancing terbalik lalu tenggelam kira-kira satu kilometer dari Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, semalam.
Dalam kejadian itu anak Sahidan, Mohd Amirul, 15 dan sepupunya, Ahzad Shahrizad Abd Latif, 23, terselamat.
Difahamkan, keempat-empat mereka keluar dari rumah di Kampung Delek dan Jalan Sungai Kapar Indah dekat Klang pada 9.30 pagi untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama dengan memancing. - Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Kasim Osman, mengaku tidak bersalah di ...