Selasa,29 Julai 2014

Enggan hubungi ibu

Oleh HELLINIE SINA

Sebagai anak perempuan tunggal, dia sangat manja. Dari tutur kata dan perilaku saja menggambarkan bintang baru dari Si要gapura, Atikah Suhaime, 22, tidak pernah berjauhan dari ibu bapanya.

Namun demi cita-cita menjadi pelakon popular, dia sanggup mening茆alkan keluarganya dan tinggal sendirian di Malaysia.

Kali pertama bertemu Atikah, dia masih malu-malu dan kurang yakin setiap kali memberi jawapan apabila diajukan soalan.

Namun dalam masa setahun saja, Atikah berubah menjadi gadis matang. Mungkin keadaan yang memaksanya untuk berdikari menjadikannya lebih matang. Tutur katanya kini disulami semangat serta kewibawaannya sebagai pelakon.


Memilih untuk melebarkan sayap di Malaysia, Atikah akui pada awal kedatangannya di sini, hampir setiap hari dia menelefon ibu dan menangis kerana rindukan mereka.


“Saya tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Kalau ada pun, cuma beberapa hari. Mula-mula saya datang di sini memang rasa rindu sangat, setiap hari menangis dan telefon ibu.

“Kalau boleh memang nak balik, walaupun untuk sehari saja. Nasib baik ketika itu saya menjalani penggambaran filem, kalau tidak, mesti saya pulang ke Singapura.

“Selepas itu, memang tiada masa langsung untuk pulang kerana disambung pula dengan penggambaran drama Ruby dan seterusnya filem Highland Tower. Kesibukan itu membuat虺an saya mampu mengawal perasaan rindu,” katanya.

Kata Atikah, minat menjadi pelakon bermula ketika usianya masih kecil. Merantau di negara orang untuk mencapai impiannya juga tidak pernah dihalang keluarganya.

Jauh daripada keluarga mengajar Atikah menguruskan sendiri kehidupannya. Banyak perkara dipelajari dan setiap kali balik ke Si要gapura, ibunya pasti terkejut.

“Ada baiknya juga tinggal jauh dari keluarga kerana saya belajar berdikari. Banyak perkara yang saya belajar. Kalau tinggal de要gan keluarga, semuanya diuruskan ibu.

“Sekarang saya pandai memasak dan membasuh baju. Bila balik ke Singapura, ibu terkejut kerana saya menyediakan makanan tanpa meminta bantuan,” katanya.

Kerjaya lakonan要ya juga makin ber虺embang. Malah, Atikah bangga kerana mula diterima di sini. Wataknya dalam drama pertama lakonannya menjadi batu loncatan untuk mengukuhkan nama di pentas seni.

Bagaimanapun, katanya, bahang populariti semakin dirasai apabila dia berlakon dalam Dewi Lasak berganding dengan Intan Ladyana dan Bella Daly.

“Apabila terserempak dengan peminat atau berkomunikasi menerusi laman sosial Twitter, mereka panggil saya Qistina, karakter yang saya bawa dalam Dewi Lasak.

“Tidak sangka lakonan saya memberi impak buat. Syukur nama saya semakin dikenali dan lakonan saya meninggalkan kesan di hati penonton hingga dikenali dengan watak yang saya bawa.

“Memang sejak lakonan pertama hingga sekarang, terasa banyak perubahan-nya. Walaupun tidak banyak, saya mampu menarik nafas lega dan sangat bersyukur dengan penerimaan masyarakat di sini.

“Harap peminat suka lakonan saya menerusi telefilem Nur Hikmah yang bakal disiarkan menerusi Astro Oasis pada 18 September ini kerana karakter yang saya lakonkan lebih berat dan mencabar.

“Saya mahu buktikan bakat saya bukan sekadar watak santai. Dalam drama ini, saya bawa watak Nur Hikmah, gadis ber赴sia 18 tahun yang sering dianiaya ibunya walaupun dia tidak bersalah,” katanya.

Atikah akui, perasaannya kini bercampur baur antara gembira dan gementar kerana diberi kepercayaan memegang watak itu.

Sedar dirinya tiada pe要galaman menjayakan twatak yang penuh dengan emosi, Atikah ada cara sendiri untuk menghayati watak itu.

Katanya, dia mengambil keputusan untuk tidak menghubungi ibunya sepanjang penggambaran dijalankan supaya dapat memberi emosi sedih dan pada masa sama, tabah mengharungi kehidupan tanpa orang penting dalam hidupnya.

“Saya rasa itu cara terbaik untuk menyelami apa dilalui Nur Hikmah. Pelakon yang banyak pe要galaman dan turut menjayakan Nur Hikmah seperti Hilal Azman dan Mariani Ismail banyak memberi tunjuk ajar. Mereka tidak lokek ilmu,” katanya.

Bakal muncul dengan filem pertamanya, Lagenda Budak Hostel yang bakal menjengah pawagam pada 12 September ini, Atikah berharap cubaan pertamanya dapat diterima.

Katanya, ketika berlakon dalam filem itu, dia belum ada asas lakonan dan ini cubaan pertama要ya sebelum drama Ruby.

“Saya masih dalam proses memperbaiki kelemahan diri. Masih banyak perlu saya belajar untuk menjadi pelakon disegani. Memang berdebar menunggu tayangan filem ini.

“Saya juga sedia menerima kritikan dari penonton dan apa saja komen yang bakal diberi akan saya terima dengan hati terbuka. Ia penting untuk dijadikan panduan dalam lakonan seterusnya,” katanya.

Lagenda Budak Hostel dibintangi Nora Danish, Along Cham, Angah Raja Lawak, Pekin dan Along Eyzandy.


INFO:

Nama sebenar: Nurul Atikah Mohd Suhaime
Tarikh lahir: 15 Mac 1991
Asal: Singapura

  • Anak kedua daripada tiga beradik

  • Meminati sukan memanah

  • Mula dikenali melalui watak Anis, sahabat baik Syuhara lakonan Siti Saleha dalam drama Ruby

  • Memelihara dua ekor kucing diberi nama Kiko Kelmari dan Paris Kelmar sebagai teman di rumah

  • Pernah bekerja sebagai eksekutif pengiklanan di satu syarikat korporat di Singapura

  • Membintangi drama Dikir Puteri dan Delicatessen di Singapura

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/08
  • Artikel Lain