Oleh Elrafaei Sapi ahmadelrafaei@hmetro.com.my 2010/01/26
SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.
SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.
Kejadian itu, kata Fahrin, 30, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, menerusi laporan dua akhbar, baru-baru ini.
Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, pelakon berkenaan mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.
Fahrin yang ditemani peguam Tengku Naufal Tengku Mansor dan Ahmad Hafez Zaidi, menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul dan tidak menghormati wanita.
“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.
“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu.
“Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya.
Fahrin berkata, tindakan undang-undang diambil bukan kerana marah, tetapi terlalu kecewa dengan sikap Linda yang melemparkan tohmahan terhadapnya.
Pelakon filem baru, 2 Hati 1 Jiwa ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dua tahun dengan penyampai radio berkenaan walaupun mereka menafikan hubungan sebenar dan sekadar menyatakan status ‘teman tapi mesra’. “Cinta saya ikhlas dan ia tidak seharusnya berakhir begini. Bila habis bercinta, saya bercakap perkara yang baik dan tidak reka sesuatu yang boleh membuat orang lain berprasangka buruk.
“Sebelum ini, apabila saya putus cinta dengan Linda dan Scha Al-Yahya, saya cuma berdiam diri. Saya tahu risiko bercinta dengan selebriti, tetapi saya bersyukur dan tidak kesal dengan mereka,” katanya.
Fahrin juga menyatakan ketika kenyataan Linda hangat diperkatakan banyak pihak, dia bimbang kariernya terjejas apatah lagi dirinya mewakili tiga jenama produk ‘besar’. Bagaimanapun, katanya dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pihak yang melantiknya sebagai duta produk manakala anggota keluarganya turut memberikan sokongan.
Pun begitu, sejak kedua-dua artikel berkenaan disiarkan akhbar, dia tidak pernah berhubung dengan Linda.
Pelakon itu menegaskan, walau apapun yang berlaku, dia tidak berdendam dengan Linda, malah mendoakan kejayaannya.
“Saya bukan berkomplot dengannya untuk mengadakan cerita sebegini. Apa yang saya lihat, perkara ini boleh merugikan kedua-dua pihak dan memecahbelahkan peminat,” katanya.
Tengku Naufal pula menyatakan, notis tuntutan itu menjelaskan Fahrin memberi masa tujuh hari sehingga Isnin depan untuk mendapatkan maklum balas daripada Linda.
Katanya, analisis terhadap laporan kedua-dua akhbar memberi maksud jelas berita berkenaan bertujuan menghasut masyarakat agar memberi persepsi buruk pada Fahrin.
Notis bertarikh 22 Januari lalu dihantar kepada Linda dan kedua-dua akhbar berkenaan.
“Jika Linda gagal memberi respons kepada notis tuntutan ini, writ saman dan permohonan sewajarnya akan dibuat di mahkamah tinggi pada minggu depan. Bagaimanapun, jika sebaliknya, saman ini tidak dibuat,” katanya.
Mengenai jumlah writ saman yang ingin dikemukakan, Tengku Naufal berkata, ia akan ditetapkan kemudian selepas notis tuntutan selama tujuh hari itu berakhir.
Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :
Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai Komen Pembaca
Kenapalah jadi macam ni, yang lepas tu lepaslah, kesian Fahrin. Dari apa yang saya lihatlah Fahrin memang seorang yang jujur dengan cinta. Dia tak pernah memburukkan sesiapa sama ada Linda ataupun Scha, tapi kenapa Linda cakap begitu, kenapa tak dari dulu bagi kenyataan sebegitu. Buat Fahrin bersabarlah masih ramai yang meminati anda dan menyangjung anda. Ingat Allah itu satu saja. IsyaAllah awak akan kuat.
Perindu malam
kpd fahrin anggaplah ini sbg satu ujian & dugaan yg dtg drpd Allah...di hrp fahrin trus cekal & tabah..
sy ttp myokong anda...
insan simpati
itulah namanya cinta tak kesampaian.... sepatutnya perkara saman ini tak berlaku tp inilah trend sekarang..tariklah saman tu, berdamailah
melati
Kadang-kadang lelaki terpaksa mengalirkan airmatanya jika terlalu banyak tekanan dan dugaan yang dihadapi. Biasanya airmata yang mengalir itu bukan palsu dan ianya menunjukkan situasi sebenar yang dihadapi..apapun banyakkan bersabar untuk menempuh dugaan untuk Fahrin Ahmad
Hilwani Wanie
Pada pandangan saya, biarlah perselisihan faham ini di uraikan dengan cara yang baik dan beradab. lagipun kedua-duanya pernah menyayangi dan mencintai satu sama lain. Saya sering mengahrap agar linda dan Fahrin bersatu semula dan membina empayar mereka berdua dipersada seni dan perniagaan. Perselisihan ini tidak menguntungkan sesiapa kecuali pihak akhbar.
darling Bakhtiar
fenomena dlm kehidupan anak seni....
harap bersabar
begitulah kehidupan ada yang sayang dan benci dalam kita melayari kehidupan ni. Banyaklah bersabar.kerana ini merupakan sebhg. daripada dugaan hidup diatas muka bumi ALLAH. Hadapailah ujian ini dengan penuh keredhaan dan kesabaran.
nurulkalbwati bt,ibrahim
elok la tu...
sblom ni dia x prnah kluarkn knyataan...
skrg ni sume org dh tahu..
pndai2 la pkir siapa salah siapa betul...
Nor Aini Abdullah
satu tindakan yang wajar disisi undang2 tuk membersihkan nama baik
rohaida
simpati wat fahrin hope pasni akn jumpa yg terbaik wat linda on fikir dulu sblum brkata2
nur damia
buat lah apa yg dirasakan btol fahrin........ sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama org yg benar.tidak ada apa yg pentg selain maruah dan kepercayaan org.
jake
x tau nak ckp pa2..heran sbb dlu msa bercinta ok je,tp bla da break,mcm2 kenyataan yg kuar..dunia222..
gadis comel
tabahkan hati fahrin. Hope the tears will be the last dropped for this matter. Jangan nangis2 lg psal minah ni yer!! Take Care~
BumbleBee
putus cinta adalah lumrah kehidupan utk mendewasa dan mematangkan fikiran. apabila putus cinta dicanang sana sini, apakah akibatnya dan perbuatan bila berkahwin kelak dan bercerai, segala-gala dicerita kepada umum pasal dalam kain. Fikir-fikirlah
salmah
jgnlah suka buat fitnah,tahu tak fitnah tu lebih besar dosanya dari membunuh. kalau tak ade jodoh tak payah lah memburukkan orang yang pernah memberi kebahagiaan dalam hidup kita....
nur hannas fahrin
Bersabarlah Fahrin.... Anda berhak untuk menegakkan kebenaran tapi pastikan anda berada di pihak yang betul...
Ahmad Daud
saya haraf,fahrin berbanyak bersabar ! atas apa yang menimpa terhadap anda.sabar itu adalah separuh iman.kita ni lelaki,harus kuatkan iman.
nasir
kasihan tngok fahrin...sabar la fahrin..setiap dugaan yg dtg pasti ada sinar cahaya yg akn meneranginye..moga bertemu dgn cinta yg benar2 ikhlas menerima diri fahrin..kepada linda..kenapa nk mengfitnah org lain klau org tue dh xpeduli pasal diri ko...hentikan la segala tohmahan..xbaik memcaci skalipon org tue ko xsuke...pi blik singapore la...nyampah jew ak rse...
annza
bagus fahrin!! memang patut anda bertindak!! fitnah dan cubaan menjatuhkan maruah, bukan sesuatu yang boleh dikompromi.. berani kerana benar! semoga anda berjaya!!
catgirl
Janganlah menabur fitnah kepada bekas kekasih sendiri,nie akan memalukan diri sendiri apabila pihak yang tahu kebenaran tentang diri sendiri.Alahai sabar je lah.Semoga tuhan memberi kejayaan dan keberkatan kepada Fahrin......
Yuhani
Saya berharap Linda Onn dapat membela diri beliau dan memberi penjelasan bagi kenyataan yg dibuat terhadap Fahrin. Kalaulah ianya tidak berasas, harap Linda dapat meminta maaf secara terbuka kepada Fahrin.
cuda fuad
Salam... saya bukanlah peminat fanatik Fahrin tetapi merasa terpanggil untuk menyatakan pendapat sahaja. Betul.. manusia akan melalui episod percintaan yang tewas dalam percintaan. Namun begitu tidak sepatutnya bekas kekasih bercakap perkara yang buruk.. Keadaan ini sangat tidak adil. Saya rasa betul kata pandangan seorang ustazah yang mengatakan yang linda dan scha mgkn masih mempunyai perasaan terhadap Fahrn. Perempuan.. kalau tiada perasaan cinta tentu tidak akan mengendahkan ex mereka ttp mereka ni mcm tak puas hati jer.. tak tahulah ni hanya pada pandangan peribadi jer..
hartini abu bakar
kenapalah begini akhirnya perhubngan antara si cantik lampai Linda Onn vs si segak bergaya Fahrin Ahmad. Pd satu tahun saya pernah terserempak kedua-dua orang berpasangan ini di Legend Resort Cherating. Mereka kelihatan sungguh sepadan. Saya amat meminati Linda ketika itu bertugas di Stesen Radio ERA manakala Fahrin yang banyak terlibat dalam drama. Apabila tersebar tentang teman tapi mesra, saya seolah kenalan rapat ingin menyatakan restu tetapi apabila tersebar tentang perselisihan faham antara mereka, hati saya rasa terkilan yang amat dalam namun saya ini siapa pd mereka??? Wahai Linda, saya tak pasti akan kebenaran apa yang tertulis ini, wahai Fahrin saya juga tidak pasti apa yang saya baca tentang anda...namun nasihat saya, kamu berdua bagai pinang dibelah dua..malah cerita cinta Fahrin dgn Scha seakan mencalar hati saya...entah kenapa...sudah-sudahlah...dan jangan tersilap langkah lagi bersifat keanak-anakan. Sedangkan kamu berdua miliki segalanya yang orang lain tiada..
hani
Harapan saya kedua pihak dapat menyelesaikan dgn cara baik diluar Mahkamah.Kita tak tahu cerita sebenar, tapi saya sependapat dgn fahrin,pekara ne merugikan kedua-dua pihak.
SEMERAH PADI
harap semua nya berakhir dgn baik....semoga fahrin tabah..
ja roslan
Kita merancang, Allah juga merancang..tapi percayalah..Perancangan Allah yg akan berjaya..Untuk kedua2nya banyakkan Istigifar dan Munajat kepada Allah...kerana..KEMAAFAN ADALAH DENDAM YG TERINDAH....
hai..macam2 hal skang ni..perkara dah lepas nape nak ungkit lg..Kalau btl "dia" seorng kaki pukul kenapa tidak dari dulu lagi heboh?
aranabputih85
untuk mencapai kejayaan pelbagai rintangan yg mendatang...Allah berpihak pada yang benar
ct
sepatutnya sebagai manusia kita hendaklah sentiasa ada sifat sedar & faham tidak ada yang sempurna. Pasti ada kekurangan masing-masing. jadi tidak perlulah nak menceritakan pada umum kisah mengaibkan orang.tidak kira siapa yang harus dipersalahkan yang penting masing-masing muhasabah diri kenapa semua yang berlaku keatas diri kita. sebagaiman firman Allah Ayat Al Baqarah 216 menyebut."..Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.."
NOORHAYATI BINT MAT ZAIN
hmmm mcm2 la dunia artis ni..xhbis2..asyk naek trun mahkamah je..pape pn,sy hrp fahrin n linda onn bt la kptsan yg trbaek bg sume pihak ye..jgn hampakn peminat2 anda..byk2 brsbar k..
mieza
saya sebagai peminat bukan nak membela mana2 pihak tapi hanya memberi pandangan..diharap linda berfikiran lebih terbuka dan sebagai artis dia seharusnya lebih bersikap profesional dalam menjalani hidup..jangan terlalu mengikut perasaan kelak binasa diri sendiri..dalam percintaan ada masam manis nya tapi jangan lah terlalu mementingkan diri sehingga sanggup menjatuhkan orang lain..akhirnya diri sendiri yang jatuh..pada fahrin mungkin linda masih menyayangi awak cuma ego membatasi segalanya..jadi dia buat begitu supaya dapat menarik perhatian awak.jadi berbincang face 2 facelah agar benda ne x terus d perbesarkan..chayok2
eifa
lelaki akan bertindak jika ia melibatkan maruah kelurga dan dirinya.. kesian fahrin.. cintanya tidak di hargai..sabar fahrin mungkin ada hikmah di sebalik ape y blaku
faziera
Adat dunia masa bercinta semua baik-baik belaka, bila dh putus cerita sebalik kelambupun diuar-uarkan, padahnya seperti meludah ke langit akan terkena muka sendiri, pada fahrin bersabarlah selalu, mengalah bukan bererti kita kalah, mendiamkan diri bukan bermakna kita membenarkan kebatilan, berani kerana benar dan saya sokong tindakan yang diambil, pada linda saya berpendapat takut suatu hari nanti awak bertemu BUKU DENGAN RUAS, hari ini kita mampu mengaibkan/menjatuhkan maruah orang esok lusa kita belum tentu lagi.Jangan terlalu ANGKUH dengan apa yang kita ada sekarang, ALLAH yang maha berkuasa.
Izan Binti Isa
apa yang saya ingin katakan, mengapa linda bertindak sehigga sedemikian rupa. adakah ia tidak terlalu melampau? fahrin hanya berdiam diri sahaja.
ina
x patut linda onn wat unsur fitnah pada fahrin ahmad. klu betul la fahrin ahmad tu kaki pukul tunjukkan bukti bhwa linda di pukul oleh fahrin ahmmad.. mane bukti!!! saya sbgai pemint fahrin ahmad x putus2 mnyokong kerjaya fahrin sbgai seorg selebriti yg tabah mnempuh sgala temuhan di wat oleh pihak yg x brtggjwb..sy brharap linda hentikan la fitnah 2..malah publisiti linda jgk akn jatuh jika mmbrukkan org laen.. smue peminat yg masih mnyokong fahrin truskn brdoa smoga kerjaya fahrin dan khidupn fahrin di Rahmati oleh Allah..
Nur Tasya
aku pun x paham daaaaa....ingatkan dah sattel...ada lg rupanya...
FAIZALZAKI
salam, soal siapa yang betul atau salah tak penting, seharusnya bila perhubungan telah berakhir apa yang yelah berlaku tidak perlu di publisitikan.linda pls focus pada buisness.tq
kak zie
"Allah merancang, Kita Merancang...tapi percayalah...perancangan Allah yang akan berjaya..Sesungguhnya Allah adalah Hakim yang maha bijaksana...Pada kedua-dua seleberiti ini..Istigafarlah banyak2..Bermunajat...kerana KEMAAFAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH....
zack
x tahu nak percaya siapa........? tpi kalo salah Fahrin pun die xbleh di fitnah n di aibkan,,lgpun, lelaki x mudh menangis kan..erm,,,
ZuEiDa
harap fahrin dapat bersabar dengan dugaan tersebut.kuatkan semangat...semoga berjaya dalam kehidupan
eliza
harap2 korang selesai dng cara baik...
nor halimaz
aduyai,kusut2x...udah2lah 2,saya doakan kamu berdua bahagia....
aien
kecian kt fahrin..langsung tak besalah..xsangka r linda wat camtu..xpuas ati dgn fahrin, face to face la..umr dh tua, pttnye bersikap lebih profesional.nseb diorg x berjodoh..tuhan dh tunjukkn dlu perangai linda yg sbnr..smoga fahrin tabah hadapi smue ni..
nia adora
tak malu ka seorang lelaki bagai hero, telah menangis di khalayak ramai. itu belum lagi bercerai, baru putus cinta. dah saman menyaman pulak. kalau bercerai macam mana pulak yg nak terjadi ya. tu lah pilih yang top-top saja, dah menyimpang dari tunyutan agama. tapi semua nya cabut lari, kenapa ek..