Jumaat,25 Julai 2014

Fesyen untuk wanita comel

Ledakan rona pastel, corak flora dan nuansa spektrum biru mewarnai himpunan musim bunga di Ms Read kali ini.

Keceriaan yang ditampilkan warna biru Yves Klein dan teal (hijau kebiruan) memeriahkan lagi koleksi ini manakala rona semula jadi dan gelap memberikan impak chic-elegan pada busana formal.

Helaian celana jean pula mengambil inspirasi warna pop seperti jingga, kuning dan biru manakala blaus longgar klasik diberikan nafas baru dengan jaluran nautikal.

Ms Read juga cuba mengemas kini trend fesyen musim lalu dengan jaket tanpa kolar yang menarik digayakan ke pejabat.


Rona semula jadi seperti kelabu dengan fabrik kapas dan georgette menonjolkan lagi efek wanita sofistikated.


Tidak ketinggalan, koleksi kontemporari Ms Read dikenali R, menyerlahkan sisi romantis musim ini. Warna pic dan kelabu diangkat sebagai rona pilihan musim bunga 2013 yang bergabung dengan seimbang bagi menghasilkan helaian menarik seperti pada blaus dan celana potongan lurus.

Sememangnya objektif Ms Read adalah untuk menghasilkan busana buat wanita bertubuh comel yang bersaiz antara 12 hingga 24. Justeru, kebanyakan gaun
rekaannya cuba menonjolkan bentuk tubuh wanita sebenar dengan perincian menarik.

Gaun rama-rama rona biru Yves Klein memberikan ilusi langsing dengan perincian lisu di tepi pinggang manakala beberapa blaus direka dengan lengan tulip serta ditambah perincian pada bahagian kolar.

Antara helaian penting dalam koleksi R ini ialah jaket boxy dan seluar pendek yang mampu menghasilkanpelbagai gaya, daripada stail formal di tempat kerja hingga ke acara santai pada waktu malam.

Istimewa April ini, Ms Read menawarkan payung peta dunia unik andai berbelanja sehingga RM500 atau boleh juga diperoleh pada harga RM89 dengan setiap pembelian koleksi ini.

Layari laman sesawang www.msreadshop.com untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/23
`