Firman sepi

Firman sepi

Oleh Wahi Aziz
wahiduzzaman@mediaprima.com.my


Selain kerjaya nyanyian dan populariti yang meningkat naik, penyanyi berusia 35 tahun ini juga memiliki isteri, Marisya Purwana Putri dan seorang putera bernama, Diamond Ziggy Siagian.

Ironinya, ujar Firman dalam sebuah laman portal hiburan di republik itu baru-baru ini, keterujaan bergelar bapa sejak lima bulan lalu membuatkan dia berasa sepi.

“Setiap kali selesai persembahan, saya terpaksa tidur di hotel dan berjauhan daripada keluarga. Jadual kerjaya yang padat ini memaksa saya berjauhan daripada isteri dan anak.

“Ketika menginap di hotel bersendirian, saya pasti berasa sepi sebab akan teringatkan keluarga terutamanya anak saya. Ini (kerja) membuatkan saya selalu kesepian,” katanya.

Bagaimanapun, sambung finalis Indonesia Idol 2005 ini, mujur isterinya memahami kemurungan dialaminya dengan bertindak mengirimkan gambar-gambar terbaru anak mereka sekerap mungkin.

“Tak boleh dikira berapa kerap dia (Marisya) menghantar gambar Diamond pada setiap hari. Saya beruntung kerana dia memahami kerjaya saya yang makin berkembang.

“Dia faham kesibukan saya sekarang adalah bagi mengukuhkan kewangan demi masa depan keluarga kami,” katanya yang kini sibuk merakamkan lagu untuk album mini pertamanya.

Dalam perkembangan terbaru, Firman juga bakal berada di ibu negara selama seminggu bermula Isnin ini. Kunjungan buat julung kali itu bertujuan memperkenalkan diri kepada peminat Malaysia dan mempromosikan dua lagu terbarunya, Jangan Pikiran Abang (ft Alice) dan Hatimu Batu.