Gelang tangan simbol persahabatan

Gelang tangan simbol persahabatan

Oleh Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my


“Jangan jalan di belakang saya, saya mungkin tidak mampu memimpin. Jangan jalan di depan saya, saya mungkin tidak akan mengikut dari belakang. Hanya jalan di sebelah saya dan jadilah sahabat saya,” ujarnya.

Justeru, jangan abaikan kepentingan teman atau sahabat pada diri kerana mereka turut terbabit secara langsung dalam aktiviti harian kita, selain bertindak sebagai sistem sokongan kala diperlukan.

Bagi menghargai sesebuah persahabatan, Guess Jewellery tampil dengan koleksi gelang tangan istimewa yang direka dengan pelbagai simbol menarik.

Guess cuba menyuntik elemen moden dan feminin dalam gelang tangan persahabatan yang secara tradisinya diberikan sesama teman sebagai tanda meraikan serta menyemarakkan hubungan yang terjalin.

Biarpun hadir dengan variasi simbol dan rona, gelang tangan ini boleh dipadankan bersama aksesori lain mahupun digayakan serentak antara tiga ke empat jenis untuk stail berbeza.

Hasil inspirasi motif utama perkataan ‘Guess’ itu sendiri, gelang tangan persahabatan ini menonjolkan kombinasi lapisan kristal tulen serta tali laras rona ceria.

Pada masa sama, Guess Jewellery turut memperkenalkan koleksi musim panas yang bertemakan warna putih bagi melatari setiap rekaan pada gelang, rantai, subang dan cincin.

Dengan menampilkan gaya kontemporari, bentuk hati dan motif flora, koleksi chic ini menggabungkan lapisan kristal tulen bersama logo Guess dalam perak metalik.

Rangkaian aksesori Ocean Glam pula terarah kepada deruan ombak serta kehidupan glamor di pantai Malibu yang semestinya tampil penuh dramatik.

Rekaannya pasti memukau perhatian dengan bentuk tapak sulaiman diabadikan pada gelang manset serta rantai bib dempak dalam rona hijau firus.

Andai gelang, rantai atau cincin bukan pilihan namun masih inginkan aksesori unik, Guess menyediakan sembilan rantai kunci bermacam reka bentuk sempena meraikan sambutan ulang tahunnya ke-30.

Menggoda, comel dan popular diterjemahkan pada rantai kunci bentuk beg tote, kasut tumit tinggi, patung beruang serta ciuman yang sememangnya kelihatan manis dan mengujakan apabila dipasangkan pada gugusan kunci mahupun di beg tangan.

Semua koleksi ini bagaimanapun hanya didapati di kaunter Guess, Parkson Pavilion.