Gubahan bahan terbuang

Gubahan bahan terbuang

Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my


Gemar berkongsi idea, kebanyakan bunga hasil sentuhannya menggunakan barangan terpakai yang diubah menjadi sesuatu yang menarik dan disukai ramai.

Jelasnya, idea menggunakan bahan terpakai seperti surat khabar, plastik dan botol tercetus ketika dia melihat barangan terbabit yang tidak digunakan lagi banyak didapati di rumahnya.

“Bagi mengelakkan rumah bersepah, saya terfikir untuk mengubahnya menjadi barangan menarik seperti bunga.

“Selepas mencuba dan berjaya menghasilkan bunga, idea saya mencurah-curah dan sentiasa mencari kelainan dalam menghasilkan gubahan daripada bahan kitar semula,” katanya.

Bukan hanya mudah, ia juga menjimatkan kos dan sesuai dipelajari sesiapa saja yang ingin menambah pendapatan menggunakan bahan kitar semula.

Selain menjadikan rumah lebih bersih tanpa barangan terbuang, gubahan menarik dihasilkan itu juga boleh dijadikan penghias rumah. Malah menariknya, ia juga boleh digubah menjadi bunga telur.

Jelas Liza yang juga menerima tempahan gubahan bunga berkenaan, kini dia lebih gemar berkongsi idea menarik agar boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang berminat dengan hasil kerja tangan unik.

Penggunaan bahan terbuang dalam gubahan bunga juga boleh menggalakkan orang ramai untuk menggubahnya menjadi barangan yang mampu menjana pendapatan sampingan selain membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Liza menambah, penjagaan gubahan bunga daripada bahan terbuang itu juga tidak susah dan ia sama saja dengan bunga plastik lain.

Selain gemar menghasilkan sendiri bunga daripada bahan terbuang, Liza juga memiliki perniagaan sendiri yang menjual pelbagai barangan perhiasan rumah bagi memenuhi minatnya dalam bidang berkenaan.


Terima kasih:

  • Perniagaan Perhiasan dan Perabot Gemilang, No 7B, Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.