Sabtu,20 September 2014

Hadiah Adabi meriahkan pameran

KLUANG: Peserta yang menyertai pelbagai aktiviti sempena Pameran Foto Ulang Tahun Ke-20 Harian Metro di Aras 2, Kluang Mall berpeluang memenangi pelbagai barangan menarik sumbangan Adabi.

Antara aktiviti disediakan pertandingan mewarna, kuiz dan pertandingan fotografi yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 Disember ini.


Pengurus Produk Optima Sdn Bhd, anak syarikat Adabi Konsumer Industri Sdn Bhd, Zainuddin Salleh berkata, menyedari akhbar nombor satu Malaysia mengadakan pameran foto, pihaknya mengambil peluang menyediakan sumbangan bagi memeriahkan lagi pameran itu.

Menurut Zainuddin, sebagai pengeluar pelbagai produk makanan, pihaknya ingin berkongsi peluang memberikan hadiah kepada peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti disediakan.


“Kami mahu berganding erat dengan Harian Metro dalam pameran ini dan diharap, sumbangan hamper sebagai hadiah aktiviti ini akan memeriahkan lagi majlis,” katanya ketika menyampaikan sumbangan itu kepada wartawan Harian Metro Batu Pahat, Ibrahim Isa.


Menurut Zainuddin, pihaknya menyokong usaha Harian Metro melakukan program membabitkan pembaca dan sumbangan diberikan antara aktiviti kemasyarakatan syarikatnya.

Zainuddin berkata, Adabi mempunyai lebih 80 produk makanan tempatan selain minuman seperti Kopi Adabi yang mampu menyegarkan tubuh serta minda.


Sementara itu, mereka yang berminat menyertai pertandingan fotografi boleh mengambil borang di kaunter informasi di aras bawah Kluang Mall.

Artikel ini disiarkan pada : 2010/12/16
`