Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Jumaat, 19 Mac 2010

Hampir 20 ribu DVD/VCD haram dirampas



2010/02/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Intipan pihak polis selama seminggu ke atas sebuah premis perniagaan di Bandar Seri Permaisuri di sini menemui 19,965 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak pelbagai tajuk di sebuah unit perniagaan yang dijadikan stor awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira 3 pagi tadi di unit perniagaan di tingkat dua Plaza Dwi Tasik itu juga turut menahan dua lelaki berumur 32 dan 35 tahun dipercayai pekerja di stor itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah berkata kedua-dua lelaki itu ditahan ketika membawa turun dua beg plastik berisi 81 keping VCD dan DVD dari premis berkenan yang disewa.

"Ketika intipan dilakukan, kedua-dua lelaki ini menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna hitam naik ke tingkat dua premis itu dan turun 50 minit kemudian dengan membawa dua buah beg plastik berwarna hitam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


IKLAN












rss
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan