Khamis,17 April 2014

Helikopter tentera Brunei terhempas, 12 maut

BANDAR SERI BEGAWAI: Dua belas orang terbunuh dan dua cedera apabila sebuah helikopter tentera Brunei Darussalam terhempas.

Menurut Kementerian Pertahanan Brunei, helikopter Bell 212 itu jatuh di daerah Ulu Belait pada lewat malam waktu tempatan.


Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan punca nahas. Sebahagian mangsa ialah kadet tentera yang dalam penerbangan pulang selepas menjalani latihan.

Akhbar Brunei, Borneo Bulletin menyifatkan nahas itu sebagai ‘tragedi nasional’ yang berlaku ketika umat Islam Brunei bersiap sedia menyambut Ramadan. - DN

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/22
`