Khamis,31 Julai 2014

Hempas batu nisan

Oleh Norfaisal Jahuri

MELAKA: Majlis penutup Karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek 55 Jam yang berlangsung di Japerun DUN berkenaan kecoh apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman tiba-tiba muncul di pentas dan menghempaskan batu nisan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berusia lewat 30-an itu tiba-tiba menaiki pentas membawa bungkusan ketika ceramah disampaikan Ahli Parlimen Sri Gading, Johor, Datuk Mohamad Aziz.

Sumber berkata, tindakan lelaki itu menyebabkan Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin serta hadirin terkejut.

“Mohamad berhenti menyampaikan ceramah selepas nampak lelaki terbabit muncul di pentas sambil bertanyakan tujuannya datang sebelum batu nisan itu dihempaskan.


“Keadaan agak kecoh dan mengejutkan hadirin sebelum sepasukan polis menahan lelaki terbabit kerana mengganggu perjalanan majlis berkenaan,” katanya, di sini, semalam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27
`