Khamis,31 Julai 2014

Jalan dua lorong jadi selorong

MELAKA: Kekurangan parkir kenderaan dan sikap pentingkan diri pengguna jalan raya antara penyebab berlaku kesesakan di sekitar Melaka Raya, di sini.

Ada pemandu dilihat meletakkan kenderaan mereka sesuka hati untuk melakukan urusan hingga menyebabkan jalan dua lorong menjadi satu lorong.


Sikap tidak bertanggungjawab itu menyusahkan pengguna lain yang terpaksa menunggu lama apabila terperangkap dalam kesesakan.

Tinjauan Metroplus mendapati terdapat kenderaan yang diletakkan di kawasan yang menghalang laluan kenderaan lain, sekali gus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.


Pelajar, Azura Ahmad, 19, berkata ada pelancong yang datang untuk melawat lokasi pelancongan terpaksa mengambil masa lama kerana masalah kesesakan lalu lintas.


“Kenderaan yang diletakkan di bahu jalan menyebabkan laluan menjadi sempit seterusnya menyebabkan perjalanan kenderaan tersekat.

“Sikap seperti ini tidak sepatutnya diamalkan kerana ia menyusahkan orang lain,” katanya di sini.


Pemandu teksi, Ghazali Ahmad, 55, berkata tidak dinafikan Melaka Raya menjadi lokasi tumpuan termasuk pelancong asing.

“Namun sikap sesetengah pemandu yang meletak kereta di bahu jalan menambahkan kesesakan lalu lintas di kawasan ini,” katanya.


Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Zainal Abu menasihatkan orang ramai supaya tidak bersikap mementingkan diri.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/15

Artikel Lain

`