Sabtu,30 Ogos 2014

Jualan 500,000 unit

Oleh Saadiah Ismail

PENGELUAR produk penjagaan diri dan kesihatan berciri Islam, Al Jannah Herbs Industries yang beroperasi di Taman Kesidang, Melaka menyasarkan menjual 500,000 produk keluarannya di pasaran seluruh negara pada tahun ini.

Sasaran itu berikutan enam produk keluarannya iaitu Serum Rambut Al Jannah, Losyen Ummi, minyak wangi, Kismis Minda Ummi, Al Jannah Bio Boto Mask dan Al Jannah Ozon Treatment Water menerima pengiktirafan Kementerian Kesihatan serta disokong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Mohd Azmi Mat Shah berkata, setiap produk berkenaan memiliki keistimewaan dan kehebatan tersendiri selaras matlamat syarikat iaitu kesempurnaan, kesucian anda matlamat kami bagi memastikan pengguna yang mencuba tidak ragu.

“Kami sudah melakukan testimoni kepada pesakit leukemia dan hasilnya rambut mereka tumbuh semula dan 10 kali lebih cepat dengan serum Rambut Al Jannah berbanding produk lain di pasaran “Selain itu, Losyen Ummi yang menggunakan herba habbatus sauda dan 11 herba lain turut mempunyai keistimewaan kerana mampu menghilangkan selulit, sakit kepala, tumit pecah, selesema, kudis dan wangi jika dipakai sepanjang hari.


“Minyak wangi iaitu produk haruman yang dijangka menerima sambutan baik terdiri daripada tiga wangian iaitu syahdu, kayangan dan bidadari memiliki pilihan bau untuk kegunaan orang ramai,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya juga mengeluarkan produk Minda Ummi menggabungkan tiga jenis bahan seperti kismis, badam dan kurma bagi membantu mencerdas dan membekalkan oksigen kepada otak kanak-kanak.

Menurutnya, dua produk kecantikan yang dijangka mendapat sambutan ialah Boto Mask yang boleh membantu melembapkan kulit muka berkedut untuk golongan berusia, manakala Boto Mask Head Total Effect 8 ialah pemutih dan pencerah wajah.


Selain itu, Al Jannah Ozon Treatment Water sesuai untuk kegunaan pesakit kencing manis bagi mencuci luka kerana boleh mematikan kuman, selain membantu menegangkan kulit muka.

“Bagi perancangan masa depan, kami bercadang membuka House of Spa bercirikan Islam di setiap negeri dengan menawarkan rawatan sauna.


“Kami juga sedang mencari stokis negeri, daerah, pengedar dan stokis bergerak dengan pelbagai tawaran lumayan disediakan bagi mereka yang berjaya mencapai sasaran setiap bulan,” katanya.


Mereka yang berminat boleh menghubungi talian hotline 013-6611868 atau 06-2861236 atau melayari laman web http://aljannahherbs.yolasite.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/02/07
`