Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Jumaat, 19 Mac 2010

Kadar dividen lebih tinggi

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
2010/02/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

LEBIH 12 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima berita gembira Mac ini, apabila pengurus dana persaraan itu dijangka mengumumkan kadar dividen lebih tinggi bagi 2009 berbanding tahun sebelumnya.

LEBIH 12 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima berita gembira Mac ini, apabila pengurus dana persaraan itu dijangka mengumumkan kadar dividen lebih tinggi bagi 2009 berbanding tahun sebelumnya.


Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman (gambar), berkata kadar dividen lebih tinggi itu disumbangkan keadaan ekonomi dan pelaburan yang lebih baik.


“Kita akan bermesyuarat bulan ini sebelum memutuskan kadar dividen akan diberikan kepada pencarum. Bagaimanapun, kita menjangka kadar dividen lebih tinggi akan diberi memandangkan keadaan pasaran yang baik, kadar pulangan pelaburan juga menunjukkan pertumbuhan positif selain keadaan pasaran saham tempatan yang semakin kukuh. “Kadar dividen itu akan diumumkan selewat-lewatnya Mac ini,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing sempena sambutan Hari Wilayah dan Hari Wetland Sedunia 2010, di Sisiran Tasik Presint 1, di Putrajaya, semalam.


Katanya, pada 2008, KWSP mengumumkan kadar dividen 4.5 peratus. Pada tahun itu, ia meraih pendapatan bersih RM14.26 bilion selepas ditolak peruntukan susut nilai ekuiti dan hutang ragu, bayaran dividen untuk pengeluaran, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan bayaran manfaat kematian serta hilang upaya.


Sementara itu, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan RM5.5 bilion, peningkatan RM696.32 juta atau 14.51 peratus pada suku ketiga 2009 berbanding RM4.80 bilion pada suku tahun kedua 2009.

Berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, pendapatan pelaburan pada suku ketiga 2009 turut mencatat peningkatan 52.71 peratus daripada RM3.6 bilion yang direkodkan pada suku ketiga 2008.


Ekuiti terus menjadi teras kepada pendapatan pelaburan KWSP, meningkat 34.67 peratus daripada RM1.74 bilion pada suku kedua 2009 kepada RM2.34 bilion pada suku ketiga 2009.


Kongsi artikel ini menerusi media sosial