Kami dah kahwin: Janet Jackson

Kami dah kahwin: Janet Jackson



Dan bintang pop itu mengenepikan semua khabar angin yang tersebar demi kebaikan dengan mendedahkan bahawa kedua-duanya berkahwin secara rahsia tahun lalu.

“Khabar angin mengenai perkahwinan besar-besaran tidak benar sama sekali,” kata pasangan itu kepada Entertainment Tonight dalam satu kenyataan mengejutkan, minggu lalu.

“Tahun lalu kami berkahwin dalam majlis persendirian secara tertutup yang indah. Hadiah perkahwinan kami kepada satu sama lain ialah sumbangan kepada badan kebajikan kanak-kanak kegemaran kami.

Selepas pengumuman yang menggemparkan itu, pasangan berkenaan berkata: “Kami amat menghargai kehidupan peribadi kami dihormati dan dibenarkan untuk meraikan kebahagiaan itu.”

Pasangan itu sebelum ini merahsiakan hubu­ngan cinta mereka dan tidak mempedulikan laporan yang mereka merancang membuat persediaan untuk berkahwin.

Bagaimanapun, pengumuman perkahwinan itu dibuat selepas terdapat dakwaan kononnya mereka akan melangsungkan perkahwinan itu dengan majlis yang menelan belanja AS$20 juta (RM62 juta), tidak termasuk membelanjakan $3 juta (RM9.3 juta) untuk tambang 500 tetamu dari seluruh dunia ke Doha, Qatar.

Wissam juga dikatakan akan memberi semua tetamu hadiah jam tangan Rolex bernilai $10,000 (RM31,000) sebagai tanda terima kasih kerana menghadiri majlis perkahwinan itu.

Satu sumber berkata: “Wissam akan berbelanja besar apabila dia mengahwini Janet. Ia akan menjadi perkahwinan abad ini.”

Janet mengumumkan perkahwinannya itu selepas pasangan berkenaan dilihat muncul bersama dalam pertunjukan Giorgio Armani ketika Minggu Fesyen Milan.

Janet, 46, kelihatan amat gembira. Sambil tersenyum, dia dan suaminya yang juga bilionair perniagaan memeluk pinggang masing-masing ketika bergaya untuk bergambar.

Janet bagaimanapun tidak memakai cincin perkahwinan di jarinya dan dengan malu menyembunyikan tangan ke dalam saku. Wissam pula tidak berpura-pura senyum kerana jelas sekali kasih sayang sejati terpancar di wajahnya ketika dia memeluk isterinya yang cuba mengelak.

Kedua-duanya malah sepakat apabila berpakaian serba hitam.

Penyanyi ‘I Get So Lonely’ itu sebelum ini pernah berkahwin dengan artis James DeBarge dan pengarah Rene Elizonda Jr.

Dia juga pernah berpacaran dengan penerbit muzik Jermaine Dupri selama tujuh tahun tetapi harap-harap dia sudah bertemu dengan teman sehati sejiwa.

“Saya bertuah kerana dapat berpacaran dengan wanita idaman saya,” kata Wissam pada November 2010.

“Usia saya semakin meningkat dan saya rasa sudah sempurna,” kata Janet pula.