PRUMutakhir

Kami tetap satu keluarga

Oleh Rudy Fazrunisyam SamarudinMARUDI: Perebutan kerusi Parlimen Baram menyaksikan pertembungan tiga sekeluarga membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Anyi Ngau, 55, yang ditentang anak saudaranya, Roland Engan, 41, dari PKR dan abang ipar yang bertanding menggunakan tiket Bebas, Patrick Sibat, 60.

Mereka akan berentap dalam pertandingan tiga penjuru selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Joseph Belayong mengumumkan pengesahan pencalonan di Pejabat Daerah Marudi, tepat 10 pagi tadi.

Terdahulu, Anyi menjadi calon pertama menyerahkan borang penamaan iaitu pada jam 9.03 pagi, diikuti Patrick pada jam 9.09 pagi dan Roland yang menyusul empat minit kemudian.

Anyi yang juga bekas Pegawai Daerah Limbang ketika ditemui menganggap ditentang dua ahli keluarga sendiri dalam pilihan raya ini adalah pertembungan idealogi politik yang berbeza dan bukannya bermakna pertelingkahan dalam keluarga.


"Ini adalah pilihan raya sebuah negara demokrasi. Walaupun kami dari satu keluarga, namun mempunyai perbezaan fahaman politik. Oleh itu, hari ini kami bertembung sesama sendiri," katanya yang diiringi hampir 3,000 penyokong termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) Telang Usan,


Dennis Ngau selaku pencadang dan ADUN Marudi, Sylvester Entrie Muran
selaku penyokong.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20