Ahad,21 September 2014

Kayu masih menguasai perabot

Oleh Hartini Mohd Nawi

AURA keindahan penataan hiasan dalaman terletak pada kesesuaian konsep dekorasi dan kombinasi aksesori hiasan yang diketengahkan.

Kepelbagaian konsep dekorasi yang diperkenalkan juga memberi kelebihan kepada pemilik kediaman untuk membuat pilihan bijak dengan cita rasa serta gaya hidup.

Penampilan perabot dan aksesori hiasan gaya mewah dan eksklusif antara ciri utama yang meletakkan klasik Inggeris sebagai konsep penataan digemari.

Selari keunikan itu, Maira Home Decor kini menawarkan pelbagai pilihan perabot dan aksesori hiasan klasik Inggeris.

Foto

PADANAN...perabot kayu digabungkan dengan aksesori hiasan unik.

Foto

JAMBANGAN INDAH...pelengkap dekorasi.

Foto

IDEA REKA LETAK...kesesuaian serlahkan suasana berbeza.

Foto

BERGABUNG...Maya (kiri) dan Noraini sentiasa berkongsi idea membangunkan Maira Home Decor.

Foto

SEMPURNA...reka letak terancang di Maira Home Decor.

Foto

GAYA PILIHAN...penataan klasik Inggeris cuba diadaptasikan.


Daripada aksesori hiasan kecil, lampu terendak, upholsteri, kertas dinding hingga perabot kayu seperti jati semuanya ada di Maira Home Decor.


Pengurusnya Noraini A Rani dan Jama’ayah Che Ros melihat keunikan konsep klasik Inggeris sebagai penyeri ruang kediaman dan kian diminati kebanyakan masyarakat negara ini.

“Ilham gaya klasik Inggeris boleh diterjemahkan sepenuhnya berdasarkan kesesuaian pilihan aksesori hiasan dan kemasan lain termasuk kertas dinding, hiasan piring seramik, jambangan bunga dan lampu terendak.

“Apatah lagi sebagai pemilik kediaman anda tentunya mengimpikan penataan klasik Inggeris sempurna bukan sekadar untuk bilik tidur semata-mata, tetapi membabitkan semua ruang,” kata Noraini.

Klasik Inggeris kian digemari kerana pilihan rona klasik yang begitu mantap dengan karakter tersendiri menjadikan ia kekal segar dan menarik sepanjang masa.

Dalam menginspirasikan idea penataan lengkap klasik Inggeris, Maira Home Decor berperanan sebagai pusat sehenti hiasan dalaman selari cita rasa semua.

Secara zahirnya kedai tampil dengan idea penataan tersendiri berdasarkan cara susunan yang kemas membuatkan ia tampak harmoni.

Suasana dekorasi diilhamkan sedemikian sebagai melengkapi ciri-ciri sebenar yang ada dalam seni hias berkonsepkan klasik Inggeris.

“Apabila memperkatakan berkenaan konsep hiasan dalaman khususnya klasik Inggeris, kita tentunya inginkan ia memenuhi cita rasa dan sentuhan idea sendiri.

“Perancangan teliti untuk setiap dekorasi menjadikan sesebuah ruang itu sedap mata memandang dan memberikan seribu kepuasan,” katanya yang lebih dikenali sebagai Maya.

Bagi anda yang meminati konsep klasik Inggeris, perlu mengetahui beberapa elemen penting wajib ada dalam konsep berkenaan.

Gabungan beberapa perabot yang nampak sepadan dengan pemilihan warna pula lebih cenderung kepada warna tanah.

Perabot kayu berwarna coklat gelap dikatakan serasi dengan gaya klasik Inggeris sementara warna cerah seperti putih kapur beralas fabrik corak berbunga, menjadi penyerinya.

Sememangnya perabot kayu pilihan berbaloi kerana cantik, ampuh, senang dijaga dan bercita rasa klasik serta eksklusif.

Pilihan kayu masih menguasai perabot di ruang kediaman berkonsepkan klasik Inggeris selain hiasan jendela yang dramatik dan ragam warna tersendiri.

“Tidak lengkap jika tidak diserlahkan dengan ciri bunga-bungaan untuk konsep klasik Inggeris ini.

“Sama ada sofa, kemasan langsir atau kertas dinding, perlu wujud keserasian dan kesesuaiannya,” katanya.

Sementara lukisan berfabrik yang menampilkan keindahan bunga-bungaan dan pemandangan di perkampungan Inggeris jika digantung sebagai kemasan dinding turut dicadangkan.

Aspek penataan cahaya juga penting dalam menampilkan konsep sebenar klasik Inggeris kerana ia mampu menyuntik suasana romantik dan tenang di ruang pilihan anda khususnya lampu dinding dan terendak.

Bagaimanapun, konsep berkenaan tidak hanya tertumpu kepada dekorasi hiasan dalaman semata-mata, kerana kelengkapan seperti set hidangan juga perlu diberi perhatian.

Melengkapi keperluan itu, Maira Home Decor turut menawarkan pelbagai set hidangan supaya ruang makan kediaman anda tampil berbeza.

Maira Home Decor juga tidak ketinggalan memenuhi permintaan pelanggan dengan aneka pilihan aksesori hiasan untuk semua konsep dekorasi dengan harga berpatutan.

Berminat sila kunjungi Maira Home Decor di E-1-13, Blok Kedai Apartment Sri Tanjung, Jalan USJ 16/7, Subang Jaya, Selangor atau emel mairahomedecor@yahoo.com atau www.mairahomedecor.blogspot.com atau hubungi 012-2504236 (Noraini)/012 5707859 (Maya).

Artikel ini disiarkan pada : 2010/12/18
`