Mutakhir

Keputusan diketahui 10 malam

Jertih: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini hanya akan diketahui selepas jam 10 malam.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada pemimpin parti bertanding menunaikan solat tarawih selain menghormati Ramadan.


“Jika kiraan undi di semua 35 saluran selesai lebih awal pun, kita akan tangguhkan dulu dan keputusan akan diumum selepas jam 10 malam.

“Kita mahu beri pemimpin parti masa yang cukup untuk menunaikan solat tarawih,” katanya kepada media pada pengundian awal di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/21