KFC Holdings (Malaysia) Berhad (KFCH), pengendali rangkaian restoran berasaskan sajian ayam, RasaMas komited untuk memperkukuhkan pasarannya di negara ini dengan membuka sekurang-kurangnya lima lagi cawangan restoran itu di seluruh negara tahun ini membabitkan pelaburan kira-kira RM3 juta.
Beliau berkata, tahun lalu, RasaMas yang memiliki 49 restoran di Malaysia dan tiga di Brunei mencatatkan jumlah jualan RM22 juta daripada keseluruhan pendapatan KFCH sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 September lalu.
Menurutnya, lima cawangan terbaru RasaMas yang akan dibuka tahun ini membabitkan kos kira-kira RM600,000 setiap satu dan pihaknya percaya sasaran sumbangan 10 peratus itu mampu dicapai berdasarkan jualan yang baik setiap tahun.
“Memandangkan RasaMas jenama tempatan baru daripada KFCH, justeru kami akan mengukuhkan penjenamaan di negara ini terlebih dulu sebelum menembusi pasaran di negara lain,” katanya selepas pelancaran perasa Ayam Hainan baru sempena Tahun Baru Cina di Kota Damansara, dekat ibu negara, semalam. Hadir sama, Pengurus Besar Ayamas Food Corporation Sdn Bhd, Rafiq Moosa. Jamaludin berkata, sepanjang promosi Ayam Hainan yang berakhir pada 7 April depan, pihaknya menjangkakan peningkatan jualan melebihi 15 peratus.
Beliau berkata, serentak itu, pihaknya mengumumkan promosi sajian untuk hidangan individu pada harga RM12.80, dua orang berharga RM26.80 dan hidangan empat orang pada harga RM46.80. Setiap sajian kombo bagi hidangan istimewa itu turut membabitkan hidangan sampingan termasuk sup cendawan, roti bawang putih, tauhu Jepun dan sayur campur. Sementara itu, KFCH turut mengendalikan lebih 530 rangkaian restoran francais KFC di empat negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan India selain menjadi pembekal produk berasaskan ayam sejuk beku di bawah jenama Ayamas.
KULIM: Episod 'Cinta Lombok' sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda Umno yang membawa ...