LONDON: John Terry dilapor meniduri bintang siri Big Brother, Orlaith McAllister ketika isterinya hamil anak kembar mereka.
LONDON: John Terry dilapor meniduri bintang siri Big Brother, Orlaith McAllister ketika isterinya hamil anak kembar mereka. Akhbar News of The World semalam mendedahkan, kejadian berlaku selepas sambutan Krismas pada 2005.
Menurut akhbar itu, 24 jam sebelum meniduri Orlaith, bintang bola sepak England itu memberitahu mengenai kehamilan Toni dengan berkata: “Ia berita paling menggembirakan. Hadiah Krismas paling baik di dunia.
“Seorang anak sudah cukup hebat. Tetapi dua, sungguh menakjubkan. Ia seperti mencapai dua kemenangan.” Dia seolah-olah terlupa mengenai ‘berita terbaik’ ketika bercumbu dengan Orlaith di depan rakan sepasukannya.
Terry mula menemui wanita itu di kelab malam Cafe Royal di West End, London, tempat kelab itu menyambut Krismas.
Apabila pemain itu beralih ke kelab Elsium, Orlaith, model kelahiran Belfast, mengekori mereka.
Satu sumber berkata: “Orlaith kelihatan begitu menakjubkan dan bukan setakat Terry sahaja yang tergoda. “Terry cuba berhati-hati tetapi dia tidak dapat berhenti daripada memerhati Orlaith.
“Dia begitu bersemangat apabila skuad Chelsea tiba di kelab berkenaan, selepas memenangi 200,00 paun (RM1 juta) di sebuah kasino sebelum itu.
Apabila beberapa wanita berkumpul di luar bilik VIP, tempat Terry dan rakannya minum, kapten Chelsea itu memberitahu pengawal supaya membenarkan mereka masuk. “Tetapi tumpuan Terry pada malam itu hanya seorang - Orlaith.” Pasangan itu kemudian meninggalkan kelab berkenaan pada awal pagi. Mereka dipercayai menuju ke sebuah hotel mewah di tengah London. - Agensi
KUANTAN: Gara-gara mengintai pelajar perempuan, dua pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian ...