Jumaat,19 September 2014

Lambaian Kaabah: Elak bawa barang berbahaya

KELANA JAYA: Jemaah haji dinasihatkan tidak membawa barangan berbahaya atau tajam ketika menaiki pesawat bagi mengelakkan masalah ketika perjalanan ke Tanah Suci.

Pengarah Operasi Haji Tanah Air Stesen Kelana Jaya, Mohd Rafidi Ibrahim berkata, masalah itu sering berlaku khususnya jemaah yang menyimpan alat berkenaan di dalam beg bimbit ketika operasi pemeriksaan di lapangan terbang.


“Mereka bukan tak dibenarkan membawa peralatan itu, tetapi perlu menyimpannya di dalam beg yang besar.

“Sekiranya perkara ini berlaku, ia sekali gus mengganggu proses perjalanan,” katanya.


Katanya, semua jemaah dinasihatkan mematuhi peraturan bagi melicinkan perjalanan mereka menerusi penerbangan ke Jeddah atau Madinah.


“Tabung Haji sudah memaklumkan kepada jemaah mengenai beberapa peraturan serta larangan sebelum bertolak ke Tanah Suci dan berharap mereka dapat mematuhinya,” katanya.

Antara barangan berbahaya yang dilarang ketika menaiki pesawat ialah gunting, pisau, alat pencukur dan risalah politik.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22
`