PRUMutakhir

Lawan tiga penjuru di Gombak

GOMBAK: Parlimen Gombak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Dr Rahman Ismail, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Bebas Datuk Paduka Said Naza Abu Bakar.


Tiga lagi kerusi DUN dalam Parlimen itu ialah Batu Caves menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara wakil BN Rawichandran Narayanan dan calon PKR Amirudin Shari serta calon Bebas Suman Gopal.

Bagi DUN Gombak Setia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Said Anuar Said Ahmad dan calon PAS, Hasbullah Ridzwan.


Di DUN Hulu Kelang turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Saari Sungib dari PAS dan calon BN, Abdul Rahim Kamarudin.


Proses penamaan calon itu turut dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong kedua-dua parti yang dianggap kubu kuat pembangkang selepas penyandang kerusi, Mohamed Azmin Ali menang dengan majoriti 6,867 undi pada PRU lalu

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20